Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

COVID-19: Sekolah Terima Bantuan Keperluan Disinfeksi Dari LPJ Dan PTP

13 Julai 2020, GELANG PATAH – Sebagai persediaan pembukaan sekolah setelah melalui Perintah Kawalan Pergerakan Covid-19, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah berkerjasama menyalurkan sumbangan kepada 4 buah sekolah menengah dan 12 sekolah rendah di kawasan Gelang Patah. Bantuan adalah berbentuk peralatan disinfeksi seperti cecair dan tong pembasmi kuman,  cecair pembersih tangan serta termometer. Keperluan yang disalurkan ini akan memberi manfaat kepada lebih 8,000 orang pelajar dan guru di sekolah-sekolah yang terpilih. Selain itu juga satu gerak kerja pembersihan dan disinfeksi sekolah telah dilaksanakan di Sekolah Morni Pok yang disertai oleh sukarelawan LPJ dan PTP. Inisiatif yang dijalankan oleh LPJ dan PTP ini adalah salah satu langkah untuk menyokong amalan kebersihan diri dalam mengelak penularan virus Covid-19.