Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Program CSR Bersama LPJ Dan PTP: Bantuan Hari Raya Kepada Rumah Seri Kenangan Dan Rumah Fitrah Qaseh

27 MEI 2020, JOHOR BAHRU – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah bekerjasama sekali lagi dalam menjayakan program tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) iaitu agihan bantuan Hari Raya di Rumah Seri Kenangan dan Rumah Fitrah Qaseh baru-baru ini.

Program ini dilaksanakan bagi meraikan Hari Raya bersama-sama penghuni di rumah tersebut pada hari raya keempat. Seramai 330 orang warga emas yang menghuni di Rumah Seri Kenangan telah menerima bantuan berupa makanan tengahari dan barang keperluan asas seperti beras, tepung dan gula.

Manakala di Rumah Fitrah Qaseh pula, seramai 58 orang anak yatim telah diraikan pada hari yang sama. Mereka menerima bantuan berupa makanan tengahari, agihan duit raya dan barangan keperluan asas seperti beras, minyak masak, tepung dan gula. Pihak LPJ dan PTP berharap semoga inisiatif ini dapat memberikan sedikit keceriaan kepada penghuni Rumah Seri Kenangan dan Rumah Fitrah Qaseh meraikan Hari Raya Aidilfitri.

 

CSR-RAMADHAN-6-X-4-1.png CSR-RAMADHAN-6-X-4-1.webp CSR-RAMADHAN-6-X-4-2.png

CSR-RAMADHAN-6-X-4-2.webp CSR-RAMADHAN-6-X-4-3.png CSR-RAMADHAN-6-X-4-3.webp

CSR-RAMADHAN-6-X-4.png CSR-RAMADHAN-6-X-4.webp