Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

PROGRAM CSR : INISIATIF LPJ BERSAMA KOMUNITI PASIR GUDANG BAGI PEMBERIAN BANTUAN KEPADA KELUARGA YANG TERKESAN DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ‘COVID 19’
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

23 APRIL 2020, PASIR GUDANG :-  Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyalurkan bantuan kepada keluarga asnaf yang terjejas akibat wabak pandemik ‘COVID 19’ semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020.

 

Program ini melibatkan sejumlah 70 buah keluarga yang telah dikenal pasti antaranya dari kampung Kopok Baru, Kampung Sentosa, Kampung Cahaya Baru, Taman Desa Rakyat Perdana dan Taman Cendana yang kesemuanya terletak di Pasir Gudang, Johor.

 

Melalui program ini, setiap keluarga menerima bantuan berupa bahan mentah / barang keperluan seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum, garam, susu dan lain-lain barang sampingan. Bekalan ini terus di hantar ke rumah Ketua Kampung dan beberapa lokasi berhampiran bagi memudahkan proses pengagihan kepada keluarga yang terlibat melalui jawatankuasa pengurusan bantuan kawasan masing-masing.

 

Atas keperihatinan pihak LPJ dan komuniti Pasir Gudang, bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas punca pendapatannya. Selain itu juga, dapat membantu pihak yang kurang berkemampuan dalam persediaan menyambut Ramadan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disamping menyokong usaha kerajaan bagi memastikan masyarakat sentiasa tetap berada dirumah untuk memutuskan rantaian wabak ‘Covid-19’ ini demi keselamatan bersama.

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image