Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

SUMBANGAN KHEMAH SEKATAN JALAN RAYA (SJR) OLEH LPJ BAGI KEGUNAAN PASUKAN HADAPAN (FRONTLINER)
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

20 JUN 2021, JOHOR BAHRU - Setelah Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 di seluruh Negara bermula 12 Mei 2021, pihak berkuasa telah meletakkan Sekatan Jalan Raya (SJR) di beberapa lokasi di Negeri Johor yang melibatkan sempadan daerah dan sempadan Negeri. Ini adalah bertujuan bagi mengawal pergerakan orang awam dan kenderaan keluar/ masuk sekali gus memastikan orang ramai tidak melanggar SOP yang ditetapkan semasa PKP. Kawalan ini perlu beroperasi 24 jam di mana ianya melibatkan Pihak Polis DiRaja Malaysia dengan kerjasama Tentera Darat DiRaja Malaysia bagi memastikan pematuhan SOP sepanjang tempoh PKP berkuat kuasa.

Sebagai langkah menyokong kerajaan mendepani masalah Pandemik Covid-19 yang semakin meningkat, Pihak LPJ telah mengambil inisiatif menyumbang 4 unit khemah untuk keperluan tugas pasukan hadapan bagi tujuan operasi sekatan jalan raya.

Pihak Lembaga Pelabuhan Johor telah membuat sesi penyerahan khemah untuk kegunaan Sekatan Jalan Raya bertempat di lokasi berhampiran PULADA, Jalan Hulu Tiram, Johor. Penyerahan telah dibuat oleh Encik Kamaruzaman Bin Haji Munasir, Pengurus Besar LPJ kepada wakil PDRM Tuan Supt. Mohd Sohaimi Bin Ishak, Ketua Polis Daerah Seri Alam.

Semoga dengan sedikit sumbangan yang telah diberikan oleh pihak LPJ dapat membantu usaha kerajaan dalam memastikan PKP 3.0 ini berjaya dilaksanakan demi memerangi pandemik Covid -19 daripada terus menular.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image