Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

LPJ CARES: BANTUAN BEKALAN MAKANAN KE PKRC PASIR GUDANG
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

PASIR GUDANG, 17 JUN 2021 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada hari ini telah menyerahkan sumbangan kepada Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Pasir Gudang. Penyerahan sumbangan berupa makanan kering telah disampaikan oleh Tuan Pengurus Besar LPJ, Encik Kamaruzaman Hj. Munasir kepada Pengarah PKRC Pasir Gudang iaitu Dr Mohd Fathi Zaki Mohd Zakaria.

Bantuan ini akan disalurkan kepada lebih kurang 700 orang pesakit Covid-19 ketika ini di PKRC tersebut. Selain daripada makanan kering seperti biskut, mee segera, air kotak, minuman pra-campuran dan snek ringan, turut disumbangkan adalah pelitup muka, pelindung muka serta pensanitasi tangan.  

PKRC Pasir Gudang mampu menampung 1200 orang pesakit dalam satu masa dan bantuan makanan kering untuk para pesakit adalah diperlukan. Tambahan pula dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Johor telah menjadikan kapasiti PKRC Pasir Gudang hampir mencapai tahap maksimum.

LPJ sentiasa komited dalam menyokong usaha dan membantu pasukan petugas barisan hadapan untuk memerangi virus Covid-19 khususnya di Johor.

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image