Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

LPJ Rai Dan Kongsi Keceriaan Aidilfitri Bersama Golongan Asnaf
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

17 MEI 2019, PASIR GUDANG – Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Lembaga Pelabuhan Johor (“LPJ”) telah meraikan anak-anak asnaf sekitar Pasir Gudang dengan membeli kelengkapan hari raya. Program “Jalinan Kasih Ramadan 2019” ini merupakan program tahunan yang menumpukan bantuan terhadap golongan tersebut untuk menyambut hari lebaran kelak.

Sebanyak 70 orang anak-anak daripada 21 keluarga asnaf telah terlibat membeli-belah di Pasaraya Mydin Taman Rinting dan mereka berpeluang untuk memilih dan membeli pakaian serta kelengkapan yang diinginkan.

Sempena Ramadan, anak-anak asnaf ini juga turut diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Tanjung Puteri Golf Resort pada hari yang sama. Mereka turut menerima duit raya sebanyak RM50 seorang, yang telah disampaikan oleh Tuan Hj. Rosnan bin Fathlal, Pengerusi LPJ dan LPJTP.

Melalui program tanggungjawab sosial korporat ini, LPJ sentiasa mengambil berat terhadap golongan yang kurang berkemampuan dan berharap dengan bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka di bulan Syawal nanti.

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image