Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Hari Bertemu Pelanggan 2019
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

JOHOR BAHRU, 11 OKTOBER 2019 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menganjurkan Program Hari Bertemu Pelanggan bersempena dengan Minggu Pelabuhan LPJ 2019 pada 11 dan 12 Oktober 2019 di AEON Permas Jaya, Johor Bahru.

Program yang berlangsung selama dua hari itu adalah bertujuan untuk menjadi one-stop centre serta mengeratkan hubungan antara LPJ dan semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia khususnya. Program tersebut juga turut bertujuan untuk mendedahkan orang awam dengan industri pelabuhan dengan lebih dekat.

Sebanyak 32 buah agensi terdiri daripada agensi Kementerian Pengangkutan (MOT), Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah mengadakan pameran sepanjang program tersebut. Terdapat 10 buah universiti yang menyertai pertandingan Diorama Pelabuhan turut mempamerkan diorama masing-masing.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang Program Hari Bertemu Pelanggan seperti Pertandingan Gubahan Bunga, Pameran Simulasi Lori Kontena Alat Kawalan Jauh, Pertandingan Mewarna, Port Treasure Hunt dan Pertandingan Fashion Show untuk memeriahkan lagi program.

Selain itu terdapat pameran kereta antik, pameran bonsai dan pameran haiwan eksotik di mana orang awam berpeluang untuk memberi makan burung dan memegang ular. Orang awam juga berpeluang menyertai pertandingan gubahan bonsai yang dianjurkan oleh Kelab Bonsai Johor Bahru.

Pada akhir program, Kapten Mohamad Halim bin Ahmed, Setiausaha Bahagian Maritim Kementerian Pengangkutan Malaysia telah menyempurnakan agenda penutupan rasmi Program Hari Bertemu Pelanggan dengan mengadakan lawatan ke gerai pameran dan penyampaian sijil kepada pempamer yang turut serta. Program kali ini turut mendapat sokongan dan maklum balas yang positif daripada pengunjung dan agensi-agensi yang terlibat.

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image