Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

lpj menyertai pameran antarabangsa di Phnom Penh, Kemboja
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

Phnom Penh, Kemboja, 11 September 2019 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menyertai Pameran Antarabangsa the 17th ASEAN Port & Shipping 2019 yang telah diadakan pada 11 dan 12 September 2019 bertempat di Nagaworld Hotel, Phnom Penh. Acara ini telah di anjurkan oleh Transport Event Management dengan Phnom Penh Autonomous Port (PPAP) dan Sihanoukville Autonomous Port sebagai tuan rumah.

Pameran tersebut telah disertai dengan kerjasama Johor Port Berhad (JPB), Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Tanjung Langsat Port Terminal untuk mempromosi pelabuhan di Johor dibawah platform Malaysia’s Southern Gateway.

Majlis pembukaan 17th ASEAN Port & Shipping 2019 telah berlangsung pada 11 September 2019 yang telah disempurnakan oleh H.E Ros Vanna, Setiausaha Kerajaan Negeri, Kerja dan Pengangkutan Awam, Kemboja.

Satu lawatan teknikal ke Phnom Penh Autonomous Port (PPAP), Kemboja juga telah diadakan pada 10 September 2019 dan taklimat lawatan telah disampaikan oleh Puan Hei Phanin, Timbalan Ketua Pengarah Operasi, Phnom Penh Autonomous Port.

Lebih daripada 200 orang pelawat daripada pelbagai negara telah berkunjung ke pameran ini, menarik sebanyak 14 pempamer yang terdiri daripada sektor utama seperti pengangkutan kargo dan laut, pelabuhan serta pembekal peralatan pelabuhan dari negara-negara di seluruh rantau ASEAN.

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image