Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Youth Eco-Port Challenge 2019

 

31 Julai 2019, Pasir Gudang – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan program ‘Youth Eco-Port Challenge 2019’ bertempat di Dewan Nakhoda LPJ. Ia merupakan sebuah program di bawah platform Port Centre of Excellence (PCOE) dengan kolaborasi bersama pihak CILT Johor.  Program yang berlangsung daripada jam 8.30 pagi hingga 1.00 tengahari telah disertai oleh 8 buah kumpulan dari institusi pengajian tinggi iaitu Universiti Teknologi MARA (UiTM), Politeknik Metro Johor Bahru, Netherlands Maritime Institute of Technology, MUSC Intelect (Meritus University), UCSI Universiti, UniKL Malaysian Institute of Marine Engineering Technology (MIMET) dan 2 kumpulan dari Universiti Teknologi Malaysia.

Program ini merupakan pertama kali dilaksanakan yang dibuka kepada semua IPTA dan IPTS di Malaysia untuk disertai. Ia adalah bertujuan untuk mendedahkan pengetahuan berkenaan pelabuhan kepada para pelajar selain memantapkan kemahiran merangka pelan perniagaan dan komunikasi.

Program tersebut telah mendapat sambutan positif dikalangan IPTA dan IPTS yang mengambil bahagian. Sijil penyertaan telah disampaikan oleh En.Ahmad Salhin Mustapa, Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Korporat & Pembangunan, LPJ. Keputusan pemenang akan diumumkan semasa Program Minggu Pelabuhan LPJ 2019 kelak.

 

IMG_4741-1.jpg IMG_4741-1.webp IMG_4763-1.jpg

IMG_4763-1.webp IMG_4765-1.jpg IMG_4765-1.webp

IMG_4781-1.jpg IMG_4781-1.webp IMG_4822-1.jpg

IMG_4822-1.webp