Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

LPJ Memerterai Perjanjian Projek Pembangunan Pulau Bunker Di Tanjung Bin, Pontian, Johor
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

 

13 OGOS 2019, PUTRAJAYA – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Smart Crest Sdn. Bhd.  (SMSB) telah memeterai perjanjian untuk membangunkan Projek Pulau Bunker di Tanjung Bin, Pontian, Johor.

Dikenali sebagai "Bunker Island" terminal bersepadu yang bakal siap dalam tempoh dua tahun itu akan dibangunkan di dalam kawasan Zon Bebas Komersial Tanjung Pelepas, Johor oleh sebuah syarikat kemudahan terminal minyak tempatan, Smart Crest Sdn Bhd.

Projek yang akan dibangunkan di atas pulau tebus guna seluas 40 hektar berdekatan dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas itu akan dilaksanakan dalam tiga fasa selama empat tahun. Sebaik projek itu siap dibangunkan, ia akan menjadi antara terminal minyak bebas dan bersepadu sepenuhnya yang terbesar di dunia.

Dalam ucapan yang telah disampaikan oleh Menteri Pengangkutan,  YB Loke Siew Fook berkata "Kemudahan ini juga adalah selari dengan pelan Johor Petroleum Development Corporation untuk membangunkan selatan Johor sebagai destinasi terminal dan penyimpanan minyak yang penting.

"Dengan 61 tangki terletak di lima ruang tangki, ia akan mempunyai kapasiti penyimpanan kira-kira 1.2 juta meter padu dan mampu mengendalikan pelbagai jenis produk. Selain daripada ruang simpanan, kemudahan terminal ini akan turut dilengkapi dua jeti dengan tujuh dermaga. Keseluruhan projek ini dianggarkan bernilai RM2 bilion yang akan dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta," katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pelabuhan Johor dan Smart Crest Sdn. Bhd dan semua yang telah menyumbang untuk menjadikan Projek  Bunker Island menjadi kenyataan dan berharap dapat melihat kejayaan yang lebih besar di Pelabuhan Tanjung Pelepas seterusnya mempromosikan PTP sebagai Pusat Maritim & Logistik.

Pada majlis ini, LPJ diwakili oleh Pengerusi LPJ Tn. Hj. Rosnan bin Fathlal, Pengurus Besar LPJ, Muhammad Razif Ahmad manakala SMSB diwakili Pengarah Urusan, Ir. Cher Lee Kiat dan Encik Tan Siew Sim.

Selain YB Loke Siew Fook,  turut menyaksikan perjanjian ini dimeterai adalah, YBhg. Datuk Khairul Adib bin Abdul Rahman Ketua Setiausaha Pengangkutan Malaysia serta Encik Tony Pua, Setiausaha Politik Kementerian Kewangan Malaysia.

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image