Berita Semasa

Majlis Terima Tugas Pengurus Besar LPJ Yang Baru En. Nik Aziz Bin Hj. Nik Hussain

Majlis terima tugas Pengurus Besar LPJ yang baru, En. Nik Aziz Bin Hj. Nik Hussain telah diadakan pada Rabu, 9 April 2008 bertempat di Bilik Anjung Bahtera.    

Majlis yang turut disaksikan oleh pegawai-pegawai kanan dan kakitangan LPJ ini telah dimulakan dengan bacaan doa yang disampaikan oleh ASP Tn. Hj, Ramdhan Bin Saian yang kemudiannya disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh PPB Khidmat Pengurusan dan Kewangan, En. Khalid Bin Hj. Selamat kepada Pengurus Besar yang baru.   Dalam majlis ini juga, Pengurus Besar telah memberikan ucapan sulung beliau kepada kakitangan LPJ yang mana beliau berharap semua kakitangan memberikan kerjasama kepada beliau dalam memikul amanah sebagai Pengurus Besar di LPJ.   

Majlis kemudiannya diteruskan dengan acara menandatangani nota serah tugas oleh En. Khalid Bin Hj. Selamat dan disusuli pula dengan Pengurus Besar menandatanganinya sebagai secara rasmi menerima tugas sebagai Pengurus Besar LPJ.    

 
 
Ucapan pengenalan Pengurus Besar, En Nik Aziz Bin Hj Nik Hussain
 
Pengurus Besar menandatangani nota terima tugas.

Kembali