Mesyuarat Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia kali ke-7, Penggal ke-4 Sesi 2005-2007
Mesyuarat
Sekretariat Polis Bantuan Pelabuhan Malaysia kali ke – 7 telah diadakan di
Lembaga Pelabuhan Kuching pada 3 hingga 5 April 2008. Antara program yang
diadakan selain daripada mesyuarat tersebut adalah seperti taklimat Domestic
Inquiry – Prosedur and Praktical, Taklimat prosedur peruntukan Tabung Wang JPK
(MLVK), Taklimat Kawasan Larangan & Tempat Larangan 1959, dan taklimat
‘Performance Audit Port Security’
Mesyuarat
tersebut telah dihadiri oleh seramai 35 orang peserta dari seluruh Malaysia
termasuk Sabah dan Sarawak. Pada 3 April jam 8.00 malam pula ahli mesyuarat yang
hadir telah disajikan dengan jamuan makan malam di River Cruise – Sungai Sarawak
disamping persembahan tarian kebudayaan yang menjadi kebanggaan Negeri
Sarawak.
Bagi
mengeratkan lagi hubungan silatulrahim sesama ahli, satu perlawanan bowling
persahabatan telah diadakan di Ampang Superbowl, Kuching. Semua ahli mesyuarat
berpuashati dengan program yang diatur oleh urusetia pada kali ini dan berharap
program sedemikian akan diadakan pada masa-masa akan
datang.



