Berita Semasa

Lawatan Kerja Pegawai LPJ ke Lembaga Kemajuan Pengairan Muda (MADA)

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Lembaga Kemajuan Pengairan Muda (MADA), Kedah, pada hari Selasa, 6 Mei 2008. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh Penolong Pengurus Besar Khidmat Pengurusan & Kewangan iaitu En. Khalid Hj. Selamat serta diiringi 4 orang pegawai dari unit Pentadbiran dan Teknologi Maklumat serta seorang wakil daripada SAPURA.

Objektif lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk meninjau pelaksanaan sistem GOE-EGDMS yang telah dilaksanakan di agensi tersebut sejak 2004.

Lawatan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Teknologi Maklumat Kanan, Pn. Che Amah Bt. Hussan. Taklimat yang disampaikan meliputi pengenalan kepada MADA serta pelaksanaan GOE-EGDMS di agensi tersebut.

Pada sesi taklimat tersebut juga, sesi perbincangan telah diadakan di antara LPJ dan MADA dan pihak MADA telah sudi berkongsi pengalaman bersama kami mengenai isu-isu dan cabaran yang dihadapi sepanjang melaksanakan sistem tersebut serta faktor kejayaan pelaksanaan sistem GOE-EGDMS ini di agensi tersebut.

Setelah sesi taklimat dan perbincangan selesai, kami dibawa melawat ke bahagian khidmat pengurusan bagi meninjau  pelaksanaan sistem ini di bahagian tersebut secara live.

Bagi pihak Lembaga Pelabuhan Johor, ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada pihak MADA atas kesudian menerima kunjungan kami pada hari tersebut.

Lawatan ini diketuai oleh En. Khalid Hj. Selamat selaku Pen. Pengurus Besar (Khidmat Pengurusan & Kewangan) dan disertai oleh En. Mohd. Khamel Esa, Pn. Noor Rahayu Nasikon, En. Khairi Rosman dan Pn. Zainon Jaidon.  

Taklimat disampaikan oleh Che Asmah
 
 
Penerangan berkenaan penggunaan sisten di Bahagian Khidmat Pengurusan
 
 
Demo oleh Bahagian Perekodan Fail
 
 
Delegasi bersama wakil MADA
 
 
Sesi penyampaian cenderahati
 

Kembali