Kursus Bina Insan di Pangkalan Hulu, Perak
Pada 24 hingga 27 ogos 2008, seramai 12 orang pegawai LPJ telah mengikuti kursus bina insan di Pengkalan Hulu, Perak. Ini merupakan kumpulan ketiga yg dihantar oleh unit latihan untuk menjalani kursus tersebut. Selama 3 hari berkursus, pegawai telah dibahagikan kepada 3 pasukan. Diantara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa berkursus adalah spt permainan menguji minda dan expedisi menjelajah Gua Itik dan Gua Gendang.
Dikalangan pegawai-pegawai yang mengikuti kursus ini merupakan pengalaman pertama memasuki gua. Berkat kesabaran dan semangat berpasukan yang kental di kalangan pegawai pelbagai cabaran berjaya ditempuhi sepanjang expedisi. Kursus ini sebenarnya bertujuan untuk memantapkan semangat jati diri di kalangan pegawai-pegawi LPJ. Kursus ini sangat menarik kerana dengan mengikuti kursus ini, pegawai-pegawai boleh menghilangkan tekanan bekerja di pejabat selain dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai-pegawainya terutamanya diantara pegawai di ibu pejabat dan di terminal.
Dengan mengikuti kursus ini juga, ia dapat melatih pegawai untuk bersiap sedia menghadapi pelbagai cabaran dan risiko di dalam kerja seharian dan juga memberi pengajaran kepada pegawai bahawa kerja di dalam satu pasukan adalah penting dan membawa kebaikan kepad oraganisasi seperti kata pepatah melayu "bersatu teguh, bercerai roboh".



