Lawatan Kerja Pegawai Lembaga Pelabuhan Johor ke Felda Johore Bulkers (FJB)
Lembaga
Pelabuhan Johor (LPJ) telah mengadakan satu lawatan kerja ke Felda Johore
Bulkers (FJB) pada Khamis, 27 Mac 2008. Lawatan kerja ini telah diketuai oleh
Penolong Pengurus Besar Operasi dan Kawal selia iaitu En. Damon Nori Bin Masood
serta diiringi pegawai Lembaga Pelabuhan Johor.
Objektif
lawatan kerja ini dilakukan adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada
pegawai-pegawai LPJ mengenai perjalanan operasi syarikat FJB yang menjalankan
operasinya di dalam kawasan Pelabuhan Johor.
Lawatan ini telah dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh Pengurus Kanan Operasi FJB, Tn. Hj. Kamaradin Bin Selamat. Taklimat yang disampaikan oleh Tn. Hj. Kamaradin ini meliputi penerangan mengenai syarikat FJB dan core business yang dijalankan iaitu sebagai depot penyimpanan dan pengendali minyak makan berasaskan sayuran (vegetable oil based products). Selepas sesi taklimat dan pertukaran cenderahati, pegawai-pegawai LPJ telah dibawa melawat ke makmal penyelidikan dan pengawalan kualiti minyak serta dibawa juga melawat bilik kawalan operasi.



