Majlis Makan Malam Perpisahan Mantan Pengurus Besar LPJ, Tn Hj Zulfakar Rahmat
Majlis
makan malam perpisahan mantan Pengurus Besar LPJ, Tn. Hj. Zulfakar Bin Rahmat
telah diadakan di Asiana Restaurant, Teluk Danga pada Isnin 7 April
2008.
Majlis
yang diadakan bagi meraikan persaraan wajib Tn. Hj. Zulfakar Rahmat sebagai
penjawat awam ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai dan kakitangan
Lembaga Pelabuhan Johor.
Dalam
majlis ini beliau telah sudi memberikan ucapan dan amanat terakhir beliau kepada
warga kerja yang hadir supaya menyemai budaya kerja cemerlang dan meneruskan
fungsi dan peranan LPJ sebagai badan kawal selia yang berkesan. Majlis pada
malam itu juga turut diserikan lagi dengan acara memotong kek sebagai tanda
ulang tahun kelahiran beliau dan digamatkan lagi dengan sesi karaoke bersama
hadirin.
Kepada mantan Pengurus Besar LPJ, Tn. Hj. Zulfakar Rahmat, seluruh warga kerja LPJ mengucapkan selamat bersara dan selamat maju jaya.



