Berita Semasa

Sambutan Hari Kebangsaaan ke-51

Bersempena Hari Kebangsaan ke-51, LPJ telah menyertai kontijen statik Jabatan atau Badan Berkanun peringkat daerah Johor Bahru. Selain jabatan kerajaan/badan berkanun, pasukan beruniform sekolah rendah dan menengah, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti-parti politik, syarikat-syarikat swasta, institut pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta termasuk kelab-kelab kereta dan motosikal berkuasa besar turut menyertai program sambutan ini.

Peserta Kontijen Statik LPJ seramai 31 orang warga kerja telah bersiap sedia seawal pagi pada jam 6.00. Pada jam 8.30 pagi, acara dimulakan dengan Nyanyian Lagu Negaraku, lagu Tema Hari Kebangsaan (Perpaduan Teras Kejayaan) dan bacaan ikrar. Nyanyian dipimpin oleh Koir MBJB. Majlis dirasmikan oleh wakil rasmi Menteri Besar Johor, iaitu Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kemudahan Awam Johor. Persembahan deklamasi sajak beriringan biola dan persembahan pantomim "Hingga ke titisan Darah Terakhir" oleh PALAPES UTM turut menyerikan majlis sambutan ini.

Sukacitanya dimaklumkan bahawa LPJ telah berjaya menjadi Naib Johan Pertandingan Sepanduk Hari Kebangsaan ke-51 ini yang membawa pulang piala beserta wang RM500. Tahniah diucapkan kepada Kontinjen LPJ. Majlis sambutan ini tamat pada jam 11.00 pagi.

 
 
 
 
 
 
Naib Johan Pertandingan Sepanduk Hari Kebangsaan ke-51
 
 
Kembali