Terminal Feri

Cetak PDF

menu_fer

Perkhidmatan Feri Limbongan Maju Sdn Bhd

  • Limbongan Maju SDN BHD telah dilantik sebagai operator feri oleh pihak LPJ pada 16 Januari 2012.
  • Bermula operasi pada 13 April 2012.
  • Menggunakan feri MV Falcon II dan Bahtera Express untuk beroperasi sebagai feri penumpang.
  • Jadual feri adalah seperti berikut:-

 

ISNIN - JUMAAT

ETD TG BELUNGKOR

ETA CHANGI

ETD CHANGI

ETA TG BELUNGKOR

0830

0915

1030

1115

1600

1645

1800

1845

 

SABTU, AHAD & CUTI UMUM (SINGAPURA)

ETD TG BELUNGKOR

ETA CHANGI

ETD CHANGI

ETA TG BELUNGKOR

0830

0915

0945

1040

1100

1145

1230

1315

1530

1615

1700

1745

1830

1915

1945

2030

 

MV FALCON II

mv1

MV BAHTERA EXPRESS

mv2

Perkhidmatan Feri dan Pembangunan Terminal Tg. Belungkor

Perkhidmatan Terminal Feri telah memulakan operasinya pada 8 hb. Mei 1993 di antara Terminal Tg. Belungkor ke Terminal Changi, Singapura. Syarikat Ferrylink Sdn.Bhd. yang merupakan anak syarikat MBF (M) Sdn.Bhd.bertindak sebagai operator yang mengendalikan operasi feri diantara kedua-dua terminal tersebut.Feri yang digunakan boleh membawa 450 penumpang dan 70 buah kenderaan.

tferi1Pada 16 Mei 2002 , Star Cruise (M) Sdn.Bhd. iaitu sebuah syarikat kapal persiaran terbesar di Asia telah mengambil-alih perkhidmatan dari Tg.Belungkor ke Terminal Changi dan telah menjadikan Terminal Tg.Belungkor sebagai `home-port` bagi kapal persiaran mereka seperti Megastar Aries dan dan Megastar Taurus.

Projek Perkhidmatan Feri

Projek Feri Johor adalah projek Kerajaan Pusat di mana Lembaga Pelabuhan Johor telah diserahkan tugas untuk menguruskan perkhidmatan ini. Projek ini bernilai lebih 60 juta yang mengandungi pembinaan bangunan pejabat dan jeti di Terminal Tg.Belungkor dan Terminal Changi, Singapura. Projek ini dianggap diantara projek yang penting pada pandangan kerajaan kerana selain ia bertujuan untuk memajukan industri pelancongan negara, ia juga beroperasi sebagai laluan ketiga di antara Singapura dan Johor.

tferi5Tanah di Changi, Singapura telah dipajak dari Kerajaan Singapura dengan keluasan 3.9 hektar pada bayaran nominal bagi tempoh 30 tahun. Namun begitu LPJ perlu membayar RM 250,000 setahun untuk cukai harta. Selain daripada perkhidmatan Tg.Belungkor ke Changi, Singapura, pihak LPJ telah berjaya mewujudkan perkhidmatan ke Stulang Laut, Tg.Pinang dan Batam.

Pencapaian Yang Diperolehi Oleh Terminal

Terminal Feri telah mencatat sejarah apabila telah dianugerahkan International Award for Tourist, Hotel and Catering Industry oleh pihak Editorial Ofice pada 28 Januari 2004 di Madrid, Sepanyol. Terminal Feri Tg.Belungkor merupakan salah satu kemudahan pelabuhan di Johor yang telah mendapat sijil Pematuhan Kod Keselamatan Pelabuhan (ISPS) pada bulan Julai 2005.

Terminal Feri juga telah dianugerahkan Century International Era Award oleh pihak Business Initiative Directions pada 18 April 2005 bertempat di Geneva, Switzerland. Terminal Feri Tg.Belungkor juga menganjurkan program tahunan yang dikenali sebagai Karnival Ria Feri. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang Karnival ialah pertandingan karaoke peringkat SIJORI, Pelayaran Feri, Pertandingan Memancing, Persembahan Kebudayaan dan sebagainya.

Kemudahan-kemudahan Sedia ada

tferi3Terminal Feri Tg.Belungkor mempunyai prasarana yang lengkap seperti pejabat/ kaunter Jabatan Kerajaan dan Agensi Perkapalan , Kedai Bebas Cukai, Kafetaria, Kedai Serbanika, Bilik Air, Kawasan Ketibaan dan Berlepas yang selesa. Untuk pematuhan ISPS, pihak LPJ telah menaikkan kemudahan berbentuk kawalan Keselamatan yang lengkap bagi memastikan penumpang dan pengguna Terminal berada dalam keadaan selamat semasa di Terminal.

Terminal Feri Tg.Belungkor mempunyai jeti sepanjang 60 meter dan tambahan 30 meter ( Blue Dolphin) bagi menampung kapal yang sedia ada. Selain daripada itu, Terminal Feri mempunyai 2 buah pontoon (landing craft jetty) bagi kemudahan bot dan feri yang bersaiz kecil. Terminal Feri Tg.Belungkor juga ada menjalankan perniagaan jualan air bersih dengan kapasiti sebanyak 40 tan sejam.

Pembangunan Akan Datang

tferi2Pengurusan Terminal melalui Perancangan Strategik 2005-2010 sedang berusaha untuk merancakkan aktiviti seperti memaksimakan penjualan air bersih, pengendalian kargo dan `Barter Trade`. Selain daripada itu aktiviti feri juga akan terus diberikan tumpuan dengan berusaha untuk menghidupkan feri berkenderaan ke Singapura, perkhidmatan feri Malaysia dan ke kawasan pelancongan yang berdekatan.

haberler