Terminal Feri

TERMINAL FERI

Pengenalan.

Perkhidmatan Feri Johor telah mula diperkenalkan pada tahun 1993 menghubungkan destinasi serantau iaitu Changi, Singapura dan Batam, Indonesia. Perkhidmatan feri ke Changi juga lebih dikenali sebagai “Link Ketiga” di antara Malaysia dan Singapura selepas laluan Tambak dan Link Kedua Gelang Patah.

Sejarah Ringkas.

Pada awal permulaan operasi, Lembaga Pelabuhan Johor telah diberi tanggungjawab oleh Kerajaan Persekutuan untuk mengurus pentadbiran Terminal Feri Johor iaitu Terminal Feri Tanjung Belungkor (TFTB) di Kota Tinggi dan Terminal Feri Changi (TFC) di Singapura. Pada awalnya, operasi feri dikendalikan oleh Ferry Link Malaysia dan Star Cruises.

Bermula tahun 2012, pengurusan dan operasi TFTB telah diserahkan kepada operator swasta iaitu Marina Island Venture Capital (MIVC). Perkhidmatan feri pula dikendalikan oleh operator Limbungan Maju Sdn Bhd manakala TFC masih dikekalkan di bawah pengurusan LPJ.

Perkhidmatan Feri.

Perkhidmatan feri harian disediakan untuk laluan TFTB, TFC dan Batam. Waktu operasi adalah dari pagi hingga petang pada hari biasa manakala operasi laluan TFC dilanjutkan sehingga malam pada cuti hujung minggu dan cuti umum. Berikut ialah jadual perjalanan feri yang menghubungkan TFTB dan TFC.

Hari Laluan Jadual Perjalanan
Isnin- Jumaat

TFTB – TFC

TFC - TFTB

8.30 pagi

4.00 petang

10.30 Pagi

6.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum

TFTB – TFC

TFC - TFTB

8.30 pagi

12.00 tengah hari

3.30 petang

6.30 petang

9.30 pagi

12.30 tengah hari

5.00 petang

8.20 malam

Tiket boleh dibeli terus di kaunter atau melalui On-Line di pautan web berikut:

http://wwwtanjungbelungkor.com

atau hubungi 078278001 / 078278002 / 078276418 / 078276419

Untuk pertanyaan jadual perjalanan feri TFTB – Batam sila hubungi talian 078276331.

Fasiliti dan Kemudahan.

TFTB dan TFC dilengkapi dengan kemudahan asas seperti kaunter Imigresen dan Kastam, balai pelepasan dan ketibaan, kaunter jualan tiket, ruang meletak kenderaan untuk kereta dan bas.

Selain itu, TFTB turut menyediakan perkhidmatan aktiviti sokongan marin iaitu penjualan air bersih dan minyak bagi kegunaan kapal.

Destinasi Menarik

sasSAsd

http://www.tanjungbelungkor.com/index.asp?p=/static/attraction_places.html

edqd esde asaax

xasxsax xwws

Peta Lokasi

rwf