Pelesenan

LESEN PERKHIDMATAN SOKONGAN

Lesen perkhidmatan sokongan dilesenkan di bawah Lembaga Pelabuhan Johor dan Lembaga Pelabuhan Tanjung Pelepas di bawah Akta Lembaga Pelabuhan 1963 dan dikawal selia oleh LPJ. Terdapat 15 senarai aktiviti pelabuhan yang telah dilesenkan LPJ iaitu:


1.    Ejen Fret (Freight Fowrders)
2.    Operator Gudang (Warehouse Operators)
3.    Operator Intolasi (Installation Operators)
4.    Operator Depoh Kontena Kosong di Dalam Pelabuhan (On-Dock Depot)
5.    Cargo Surveyor
6.    Kerani Hitung Banding (Tally Clerk)
7.    Stevedoring / Cargo Handling / Trimming Gang
8.    Lashing Dan Unlashing
9.    Pewasapan Kontena (Fumigation)
10.  Pembekalan Perkhidmatan Stevedoring Gears / Pembekalan Perkhidmatan Safety Net
11.  Pembekalan Perkhidmatan Jentera Punggah
12.  Pembersihan Tumpahan Dagangan Berbahaya
13.  Pembekalan Perkhidmatan Jentera Kren
14.  Pebekalan Perkhidmatan Jentera Konveyor.   
15.  Pengendalian Dagangan Pukal
16.  Packing / Unpacking
17.  Membekalkan Perkhidmatan Pemandu Kenderaan Dari / Ke Kapal-Kapal Ro-Ro
18.  Ship Chandling
19.  Stuffing & Unstuffing 
20.  Penyelaman
21.  Bekalan Air Tawar
22.  Bunkering
23.  Pembaikan & Pembekalan Alat Ganti Kapal
24.  Pembaikan Dan Pembekalan Alat Ganti Jentera (Crane, Conveyor, RTG dan Lain-lain Jentera Punggah
25.  Sis Buangan Sampah Domestik
26.  Mooring
27.  Pembuangan Dan Penerimaan Sisa Kapal

Semua perkhidmatan pelesenan yang dikeluarkan oleh Lembaga Pelabuhan Johor perlu melalui permohonan di atas talian (online) bermula 1 Julai 2016 melalui LPJ Port Community System pada pautan berikut:

Sila Klik http://www.lpjpcs.gov.my

Penduan Pendaftaran e-Registration

Sila Klik http://www.lpjpcs.gov.my/pdf/eRegistration_User_Manual_Age_v1_0.pdf

Senarai pemegang lesen Perkhidmatan sokongan yang telah berdaftar:

Sila Klik http://www.lpjpcs.gov.my/pcslisting/list_supportsvc.aspx

 

Lesen jeti persendirian dilesenkan di bawah Lembaga Pelabuhan Johor dan Lembaga Pelabuhan Tanjung Pelepas di bawah Akta Lembaga Pelabuhan 1963 dan dikawal selia oleh pihak LPJ.

Sebarang kawasan bagi tujuan pembangunan struktur jeti untuk sebarang operasi dan pengendalian kargo dalam had pelabuhan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas perlulah merujuk kepada LPJ bagi prosedur pelesenan.

Senarai semak permohonan dan kadar bayaran boleh dirujuk seperti dibawah:

Jeti Persendirian

Senarai terkini nama pemegang lesen jeti persendirian di bawah LPJ boleh disemak melalui: http://www.lpjpcs.gov.my/pcslisting/list_jetty.aspx

Permit lay up dikeluarkan oleh LPJ kepada semua jenis kapal dan pelantar minyak yang memenuhi syarat dan ditempatkan di Kuala Sungai Johor. Lay up merupakan aktiviti berlabuh dalam tempoh melebihi 2 minggu tanpa melakukan sebarang operasi.

Bagi wakil perkapalan yang ingin melakukan aktiviti lay up perlu memiliki permit yang sah bagi melayakkan syarikat menjalankan aktiviti tersebut dalam Kuala Sungai Johor. Senarai semak permohonan dan kadar bayaran boleh dirujuk seperti dibawah:

Lay-Up

Lesen pemaliman diberikan kepada malim-malim yang layak dan lulus temu duga melalui Jawatankuasa Pemaliman Lembaga Pelabuhan Johor dan Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas).

Senarai semak permohonan dan kadar bayaran boleh dirujuk seperti di bawah: