Pelabuhan Pasir Gudang

Pelabuhan Pasir Gudang terletak di Pasir Gudang, Johor merupakan sebuah pelabuhan moden yang dilengkapi dengan segala kemudahan yang dapat memenuhi permintaan operasi pengendalian kargo dan kapal di peringkat antarabangsa. Ianya dilengkapi dengan sistem rangkaian perhubungan lebuhraya yang dihubungkan ke seluruh negara bermula dari utara hingga ke selatan semenanjung. Kawasan operasi pelabuhan yang diwartakan sebagai Kawasan Zon Perdagangan Bebas menjadikan Pelabuhan Pasir Gudang berfungsi sebagai pusat untuk meningkatkan aliran dagangan entrepot (import, ekspot dan transshipment) dan menggalakan industri pengilangan di kawasan operasi pelabuhan. Pelabuhan Pasir Gudang berupaya untuk menampung sejumlah 43 juta tan kargo termasuk 1.2 juta TEUs kontena.

Ciri-ciri terminal adalah seperti berikut:

Terminal Kontena

Kepanjangan dermaga 760 meter dilengkapi dengan 6 buah Post Panamax Quayside Kren, 19 transfer kren, 4 reach stackers dan 50 prime movers. Lapangan kontena seluas 250,000 meter persegi dengan jumlah pengendalian kontena 1,200,000 TEUs termasuk kemudahan lengkap bagi ‘reefers’ kontena. Ianya juga dilengkapi dengan rangkaian sistem rail, sistem trekking komputer dan juga kemudahan gudang untuk menyimpan kargo.

Terminal Kontena

Dermaga  Panjang  Kedalaman DWT Maksimum
CT1  253 meter  13.5 meter  104, 000
CT2  253 meter 13.5 meter 104, 000
CT3 253 meter 13.5 meter 104, 000

 

Kargo Pukal Cecair

Terdapat 2 jeti empat-dermaga khas untuk Terminal Kargo Pukal Cecair iaitu Terminal Pukal Cecair (Minyak Makan) dan Terminal Pukal Cecair (Kargo Bahaya).

 

Kargo Pukal Bahaya Cecair (Kargo Bahaya)

Dikhaskan untuk mengendalikan kargo bahaya yang terdiri daripada bahan api, petrokimia, gas dan produk petroleum yang lain. Mempunyai tempat simpanan berkapasiti 517,451 mt. Terminal ini juga mempunyai prosedur keselamatan yang ketat dan mempunyai peralatan pencegahan kebakaran dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang tinggi untuk pengguna pelabuhan.

Kargo Pukal Bahaya Cecair

Jeti Panjang Kedalaman DWT Maksimum
BT1 240 meter 13.0 meter 95,000
BT2 405 meter 13.5 meter 120,000
BT3 200 meter 11.5 meter 40,000
BT4 105 meter 9.0 meter 7,000
BT12 183 meter 12.5 meter 70,000

 

Terminal Pukal Cecair (Minyak Makan)

Terminal ini dikhaskan untuk mengendalikan pelbagai kargo cecair yang boleh dimakan seperti minyak kelapa, minyak kacang soya, minyak jagung, kelapa dan lain-lain. Mempunyai tangki simpanan minyak boleh dimakan yang terbesar di dunia dengan kapasiti penyimpanan lebih 460,000mt pada satu-satu masa.

Terminal Pukal Minyak Makan

Jeti Panjang Kedalaman DWT Maksimum
BT5 215 meter 11.5 meter 32,000
BT6 195 meter 11.5meter 53,300
BT7 110 meter 9.0 meter 15,000
BT8 137 meter 10.0 meter 10,000
BT9 61 meter 6.5 meter 6,500
BT10 110 meter 6.5 meter 26,000

 

Terminal Pukal & Pukal Cerai


Terminal dikhaskan untuk mengendalikan kargo pukal cerai dan kering. Terminal meliputi sejumlah 2.4 km panjang untuk kapal berlabuh dengan kedalaman air 13.5 meter. Antara kargo pukal kering yang dikendalikan adalah kargo yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan seperti simen clinkers, baja, bijih besi, iron ore, serpihan kayu dan sebagainya. Kargo pukal cerai pula terdiri seperti palletised, tong, paip, gegelung, dan sebagainya. Mempunyai kemudahan simpanan berjumlah 230,000 kaki persegi. Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk pengendalian kargo seperti sistem conveyor, crane dan sebagainya. Menyedikan stevedores yang berpengalaman dan mahir dalam pengendalian kargo dan bekerja di atas kapal.

Terminal Pukal Kering

Jeti Panjang Kedalaman DWT Maksimum
W4 192 meter 13.5 meter 78,000
W5 217 meter 13.5 meter 78,000
W6 214 meter 13.5 meter 78,000
W7 195 meter 13.8 meter 80,000
W8 195 meter 13.8 meter 80,000
W9 195 meter 13.8 meter 80,000
W10 195 meter 13.8 meter 80,000
W11 S 230 meter 11.0 meter 13,000
W11 N 120 meter 5.0 meter 13,000

Had Perairan Pasir Gudang

*klik bagi paparan lebih jelas

 

Warta Kerajaan Malaysia

Perisytiharan Pengubahan Had Pelabuhan
Bagi Pelabuhan Pasir Gudang