Visi, Misi & Objektif

Visi

  • Menjadi pihak berkuasa pelabuhan terunggul yang menerajui Johor sebagai pelabuhan pilihan.

Misi

  • Mengawal selia dan memudah cara secara profesional, berintegriti dan komited dalam menyokong kemajuan industri maritim bagi meningkatkan daya saing pelabuhan di Johor.

Objektif Pelan Strategik

  • Memperkukuhkan pembangunan kapasiti infrastruktur pelabuhan selaras dengan keperluan pelanggan dan stakeholder.
  • Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan kawalan keselamatan, kesihatan dan persekitaran pelabuhan.
  • Memantapkan kompetensi modal insan dalam aspek pengetahuan dan kemahiran operasi pelabuhan dan marin.
  • Mewujudkan persekitaran & komuniti pelabuhan yang menggalakkan urusan perniagaan.

Moto

" Profesionalisme Memantapkan Perkhidmatan "

Kod Etika

H

- Hormat menghormati sesama warga kerja

I

- Integriti sebagai tunggak jati diri

K

- Komited dalam melaksanakan tugas

M

- Mesyuarah sebagai dasar penyelesaian

A

- Akauntibiliti dalam menjalankan tanggungjawab

H

- Harmoni dalam segala aspek

Dasar Kualiti

Sebagai badan kawal selia, Lembaga Pelabuhan Johor memastikan pengendali-pengendali pelabuhan berlesen memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan kepada semua syarikat perkapalan yang berinteraksi dengan pelabuhan-pelabuhan tersebut mengikut piawaian perkhidmatan yang bertaraf antarabangsa.

Menerapkan budaya kerja berlandaskan piawaian MS ISO 9001 : 2000 dan komited untuk menambah baik keunggulan kualiti secara berterusan.