Soalan 1 : Apakah peranan Unit trafik LPJ?
Jawapan :

  • Unit Trafik LPJ berperanan untuk memantau pengendalian dan permindahan kargo oleh operator pelabuhan di dalam kawasan pelabuhan Pasir Gudang (JPB), PTP, terminal Feri mengikut Undang-undang yang berkaitan.
  • Mengawalselia dan memastikan kawasan pengendalian operasi kargo mematuhi dasar-dasar atau piawaian yang ditetapkan dan dikuatkuasakan.

Soalan 2 : Adakah kontena yang disimpan di kawasan penyimpanan melebihi had masa akan didenda?
Jawapan : Ya. Kontena yang diletakkan di kawasan penyimpanan melebihi had masa yang ditetapkan akan dikenakan denda.

Sila rujuk jadual berikut (tempoh penyimpanan percuma)

Pelabuhan Pasir Gudang

Jenis Kargo
Tempoh

Transshipment

4 Minggu

Import

3 Hari

Eksport

6 Hari

 


Pelabuhan Tanjung Pelepas

Jenis Kargo

Tempoh

Laden (Penuh)

5 Hari

Empty (Kosong)

3 Hari

Transshipment

14 Hari

DG good (laden)

3 Hari

DG goods Transshipment

3 Hari

 

*Maklumat lebih lanjut boleh diperolehi di Johor Port Authority (Scale of Rate, Dues and Charge) By Laws dan Johore Port Authority (Tanjung Pelepas)(Scale of Rates, Dues and Charge)By Laws 2000

Soalan 3 : Apakah tarif untuk pergerakan kontena di pelabuhan?
Jawapan : Kadar bayaran perkhidmatan pelabuhan dikeluarkan oleh pelabuhan itu sendiri mengikut tariff yang diluluskan oleh LPJ dan diuruskan oleh agen untuk tujuan pembayaran dan dokumentasi. Bahagian traffik hanya memantau pergerakan kontena di dalam pelabuhan.

Soalan 1 : Apakah peranan unit pembangunan?
Jawapan :

Unit pembangunan bertanggungjawab untuk menjalankan penyelengaraan di Pelabuhan Johor dan asset-aset dibawah seliaan Lembaga Pelabuhan Johor.

Soalan 2 : Apakah jenis-jenis penyelenggaraan yang dilakukan oleh unit pembangunan?
Jawapan :

  • Menyelenggara kerosakan-kerosakan yang berlaku di Pelabuhan seperti penyelangaraan jalan raya, lampu jalan dan fasiliti-fasiliti di pelabuhan.
  • Menyelenggara kerosakan yang berlaku di rumah sewa dan kuarters kepunyaan Lembaga Pelabuhan Johor.

Soalan 3 : Bagaimanakah untuk melaporkan kerosakan yang berlaku di rumah sewa?
Jawapan :

  • Hadir ke Unit Pembangunan di bangunan LPJ atau muat turun borang aduan kerosakan pada laman web LPJ
  • Hantar borang yang telah siap diisi ke Unit Pembangunan LPJ
  • Borang yang lengkap akan diproses selewat-lewatnya 3 hari
  • Juruteknik yang bertugas akan menilai kerosakan yang berlaku dan mengambil tindakan ke atas kerosakan tersebut

Soalan 4 : Adakah LPJ menanggung segala kerosakan yang berlaku di rumah sewa atau kuarters LPJ?
Jawapan :

  • LPJ hanya menaggung kerosakan yang berpunca selain dari kecuaian penyewa atau pengguna.
  • Kerosakan yang berlaku berpunca dari kecuaian penyewa haruslah ditanggung oleh penyewa tersebut.

Soalan 1 : Apakah lesen-lesen yang dikendalikan oleh pihak Marin LPJ?
Jawapan: 

Soalan 2 : Selain daripada mengeluarkan lesen, apakah tugas yang dijalankan oleh unit Marin?
Jawapan :

  • Mengadakan rondaan bagi mencegah aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan johor.
  • Memantau pembinaan yang dilakukan di kawasan perairan johor. Sebarang pembinaan di perairan johor haruslah meminta kebenaran daripada LPJ terlebih dahulu.
  • Mengeluarkan saman terhadap kapal-kapal yang melakukan aktiviti yang menyalahi undang-undang ditetapkan.

Soalan 3 : Apakah prosedur bagi sesebuah kapal yang ingin tinggal (lay-up) di perairan johor?
Jawapan:

Muat Turun Borang Lay-Up

Borang bolehlah difakskan ke 07-2523730 atau berhubung dengan Unit Marin ditalian 07-2534035.

Sebarang pertanyaan mengenai unit marin bolehlah diajukan kepada pegawai berikut:

Unit

Nama Pegawai dan No Telefon

Permaliman

Cik Norzie Hasnira (07-2534025) dan En. Mohd Nazri (07-2534057)

Bunkering

En. Dino Asmara (07-253 4065)

Lesen-lesen sokongan En.Fedlune (07-253 4057)

Soalan 1 : Apakah tugas dan fungsi bomba Pelabuhan?
Jawapan :

  • Mengawal selia dan memastikan peralatan pencegahan / melawan kebakaran di dalam pelabuhan berfungsi dan diselenggara dengan baik.
  • Mengawalselia dan memantau kerja-kerja yang melibatkan permohonan Permit To Work (PTW) di Johor Port Berhad, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan di had perairan pelabuhan.

Soalan 2 : Apakah prosedur yang perlu dipatuhi untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kawasan pelabuhan?
Jawapan : PTW(Permit To Work) hanya perlu dipohon di Jabatan Keselamatan JPB dan PTP.

Soalan 3 : Apakah prosedur yang perlu dipatuhi untuk menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kapal di kawasan pelabuhan?
Jawapan :

  1. Kerja-kerja penyelenggaraan kapal di dalam kedua-dua had perairan pelabuhan tersebut perlu mendapat kebenaran daripada LPJ.
  2. Kebenaran ini boleh diminta dengan memohon permit dari Unit bomba LPJ. Permit tersebut boleh diperolehi di ibu pejabat LPJ atau muaturun di laman web LPJ.
  3. Lengkapkan borang tersebut dan hantarkan ke Lembaga pelabuhan johor atau fakskan ke 07-2523730.
  4. Sebarang masalah bolehlah berhubung dengan Unit Bomba ditalian 07-2534000.

Soalan 4 : Apakah contoh kerja yang memerlukan PTW?
Jawapan:

  • welding
  • Confine space
  • Pipeline X-ray
  • Pembaikan mekanikal pada jentera
  • Bunkering

Soalan 1 : Apakah kargo bahaya?
Jawapan :

Kargo bahaya adalah kargo yang membawa bahan-bahan yang merbahaya seperti yang tersenarai di dalam “International Maritime Dangerous Goods Code” (IMDG Code). Contoh-contoh bahan tersebut ialah:

  • Bahan mudah terbakar (Kelas 3)
  • Bahan mudah meletup (Kelas 1)
  • Bahan menghakis (Kelas 8)
  • Bahan Radioaktif (Kelas 7)

Soalan 2 : Berapakah kelas-kelas bahan merbahaya yang terkandung di dalam “IMDG Code”?
Jawapan :

Terdapat 9 kelas di dalam IMDG Code iaitu:

Soalan 3 : Bagaimanakah proses pengisytiharan kargo bahaya di lakukan di Pelabuhan Johor?
Jawapan :

Setiap kargo bahaya yang ingin masuk/keluar ke/dari Pelabuhan Johor perlulah diisytiharkan oleh agen-agen terlebih dahulu melalui borang pengisytiharan kargo bahaya.

Pengisytiharan perlu di lakukan bagi mengetahui jenis-jenis kargo yang dikendalikan mengikut kelas- kelas di dalam “IMDG Code”.

Maklumat-maklumat yang perlu diisytiharkan adalah seperti:

  1. UN No
  2. Proper Shipping Name
  3. IMO Class
  4. JPA Group

Soalan 4 : Bagaimanakah pihak berkuasa LPJ dan Operator Pelabuhan memastikan keselamatan kargo-kargo bahaya yang dikendalikan di Pelabuhan Johor?
Jawapan:

Proses pengisytiharan dan pengendalian kargo bahaya di Pelabuhan Johor adalah mengikut :
i) Akta Lembaga Pelabuhan 1963
ii) Akta Penswastaan 1990
iii) Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Johor 1979
iv) Undang-Undang Kecil Lembaga Pelabuhan Johor (Tg. Pelepas) 2000
v) IMDG Code

Soalan 1 : Berapa lamakah jarak perjalanan dari Terminal Feri Changi ke Terminal Feri Tg. Belungkor?
Jawapan :

Perjalanan dari Terminal Feri Changi ke Terminal Feri Tg. Belungkor mengambil masa selama 30 minit dengan jarak 10 nautika.

Soalan 2 : Berapa lamakah jarak perjalanan dari Terminal Feri Tg. Belungkor ke Desaru?
Jawapan :

Perjalanan dari Terminal Feri Tg. Belungkor ke Desaru mengambil masa selama 30 minit dengan jarak 35km.

Soalan 3 : Apakah daya tarikan yang terdapat di kawasan persekitaran Desaru?
Jawapan :

Terdapat beberapa daya tarikan di kawasan persekitaran Desaru :-

  • Hotel-hotel dan padang golf di kawasan peranginan Desaru.
  • Dusun buah-buahan di Desaru Fruit Farm
  • Muzium Nelayan di Tanjung Balau
  • Ostrich Farm di Pengerang
  • Fire Flies di Sg. Lebam
  • Ladang Buaya di Telok Sengat
  • Restoran Makanan Laut di Pengerang dan Telok Sengat
  • Homestay di Felda Semenchu