BAHAGIAN OPERASI & KAWAL SELIA

Bahagian Operasi dan Kawal Selia merupakan bahagian utama di Lembaga Pelabuhan Johor. Ia bertanggungjawab untuk memastikan operator-operator pelabuhan menjalankan tugasnya mengikut undang-undang dan syarat-syarat yang telah ditetapkan dalam perjanjian dan lesen operasi yang dikeluarkan.

Bahagian ini mempunyai dua unit di bawahnya :-

  • Unit Bomba, Keselamatan dan Kawal Selia 
    Unit ini terdiri daripada tiga unit kecil iaitu Unit Bomba, Unit Kargo Bahaya dan Unit Keselamatan. Unit ini adalah lebih kepada mengawal selia aspek-aspek keselamatan operasi pelabuhan. Tumpuan utama unit ini adalah pengawal seliaan terhadap aktiviti kebombaan seperti pengendalian kerja bahaya di pelabuhan. Selain itu, unit ini juga memantau dan mengawal selia keutuhan segala Pepasangan Keselamatan Kebakaran (PKK) dalam kawasan pelabuhan untuk memastikan ia mampu berfungsi dengan baik ketika menghadapi sebarang keadaan kecemasan.

    Unit ini juga berperanan dalam melaksanakan pengawal seliaan dan penguatkuasaan ke atas pengendalian kargo bahaya dengan cekap dan berkesan. Ia menyediakan kemudahan sistem pengisytiharan kargo bahaya yang mudah dan praktikal dengan menetapkan kumpulan pengendalian kargo bahaya.

  • Unit Keselamatan
    Unit ini bertanggungjawab untuk memantau supaya kawasan pelabuhan –pelabuhan bebas dari ancaman keselamatan dan aktiviti jenayah. Ia juga sentiasa melaksanakan langkah-langkah keselamatan kemudahan pelabuhan selaras dengan kehendak-kehendak Kod ISPS.

  • Unit Marin & VTMS
    Fungsi utama unit ini ialah menguruskan pelesenan malim pelabuhan dan memastikan mereka memenuhi piawaian pemaliman. Ia juga menguruskan pelesenan perkhidmatan-perkhidmatan sokongan pelabuhan dan jeti-jeti persendirian. Unit ini juga bertanggungjawab dalam memastikan semua aktiviti-aktiviti marin di had Pelabuhan Johor sentiasa mematuhi keperluan undang-undang dan syarat-syarat operasi seperti yang telah ditetapkan. Unit ini turut membuat rondaan dan penguatkuasaan bagi memantau keselamatan dalam kawasan had perairan pelabuhan.

SUDUT MARIN

 

 

Objektif Kualiti

 

Menepati Tempoh Masa /

Standard Piagam Pelanggan

 

Melebihi Tempoh Masa /

Standard Piagam Pelanggan

 

 

 

 

Jumlah Perkhidmatan

 

Jumlah Menepati Standard

 

%

Menepati Standard

 

Jumlah Melebihi Standard

 

%

Melebihi Standard

 

 

Pentauliahan Pemaliman

Permohonan Baru & Upgrading

 

  1. Memastikan keputusan permohonan pelesenan malim dapat diputuskan 3 bulan dari tarikh permohonan
  1. Memastikan lesen-lesen malim dapat dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pemaliman

 

 

 

 

1

 

 

 

1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

100%

 

 

 

100%

 

 

 

 

0

 

 

 

0

 

 

 

 

 

0

 

 

 

0

 

 

 

 

1

 

 

 

1

 

 

 

Objektif Kualiti

 

Menepati Tempoh Masa /

Standard Piagam Pelanggan

 

Melebihi Tempoh Masa /

Standard Piagam Pelanggan

 

 

 

 

Jumlah Perkhidmatan

 

Jumlah Menepati Standard

 

%

Menepati Standard

 

Jumlah Melebihi Standard

 

%

Melebihi Standard

 

 

Lesen Perkhidmatan Sokongan

 

(a)   Memastikan lesen dikeluarkan dalam tempoh 10 hari bekerja selepas dokumen lengkap

 

 

 

46

 

 

 

100%

 

 

 

0

 

 

 

0

 

 

 

46

 

Lesen Jeti Persendirian

(a)   Memastikan lesen dikeluarkan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas dokumen lengkap

 

 

 

0

 

 

 

0

 

 

 

0

 

 

 

0

 

 

 

0

 

Unit Keselamatan

 

 

 

Objektif Kualiti

 

Menepati Tempoh Masa /

Standard Piagam Pelanggan

 

Melebihi Tempoh Masa /

Standard Piagam Pelanggan

 

 

 

 

Jumlah Perkhidmatan

 

Jumlah Menepati Standard

 

%

Menepati Standard

 

Jumlah Melebihi Standard

 

%

Melebihi Standard

 

 

  1. Memastikan kadar jenayah pada tahap sifar

(b)   Memastikan kadar kemalangan pada tahap sifar

 

0

 

 

0

 

 

0

 

 

0

 

39

 

 

97

 

 

100%

 

 

100%

 

39

 

 

 

VTMS (Vessel Traffic Management System)


Unit Marin VTMS telah memulakan operasi di tiga stesen VTMS iaitu Stesen VTMS LPJ (Tanjung Pelepas), VTMS LPJ (Pasir Gudang) dan VTMS LPJ(Pengerang). Unit ini ditempatkan di tiga Pusat Kawalan Pelabuhan (Port Control Centre) merangkumi kawasan timur dan barat Had Pelabuhan Johor.

Pusat Kawalan Pelabuhan Tg. Pelepas


Objektif utama Unit VTMS adalah bertindak sebagai Vessel Traffic Service Authority untuk kawasan pilotage (kawasan VTMS), serta mengoptimumkan keselamatan dan kecekapan dalam penggunaan pelabuhan dan had pelabuhan dengan memanfaatkan sistem Vessel Traffic Management System secara proaktif.


Pusat Kawalan Pelabuhan Johor

Misi Unit VTMS adalah mengawalselia dan memantau pergerakan kapal-kapal yang keluar dan masuk di perairan Pelabuhan Johor serta menjalankan sistem pengurusan trafik kapal secara teratur dan efektif bagi mempertingkatkan standard keselamatan pergerakan kapal di perairan Pelabuhan Johor.

Kelengkapan VTMS:

  • Sistem Automatic Identification System (AIS)
  • Sistem VHF Radio
  • Tide Monitoring
  • Telefon Talian Hotline

Hubungan Unit VTMS antara Agensi


Pelan Pembangunan VTMS

Merangkumi tiga aspek iaitu perundangan, latihan(Operator dan Supervisor) dan kelengkapan & fasiliti :

Perundangan
-Berpandukan SOLAS Chapter V Regulation 12 – Guidelines for Vessel Traffic Service [IMO Resolution A.8577(20) di bawah International Maritime Organisation (IMO).
Latihan
-ILPPPL (Institut Latihan, Pentadbiran dan Pengurusan Pengangkutan Laut) ALAM (Akademi Laut Malaysia) GMDSS (Global Maritime Distress and Safety System).
Kelengkapan & Fasiliti

Hubungi Kami

VTMS Pasir Gudang
VHF Channel: 11
HOTLINE: 019 7514 800
Ketua Stesen: Sharizad Nabilla Bt Sari
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

VTMS Pengerang
VHF Channel: 72 dan 77
Ketua Stesen: Faridah Anum Bt Abd Rahman
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

VTMS Tanjung Pelepas
VHF Channel: 83
Tel:07-504 2222 Ext: 4500 atau 4501
Faks: 07-507 1407
HOTLINE: 019-7367 800
Ketua Stesen: Raja Ahmad Zuhairi Bin Raja Othman
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.