Persidangan Ketua-Ketua Polis Bantuan Malaysia Bersama Pegawai-Pegawai Kanan PDRM

Cetak PDF

Ditulis oleh Administrator | 09 Disember 2009

Persidangan Ketua-Ketua Polis Bantuan Malaysia Bersama Pegawai-Pegawai Kanan PDRM (APAC) ke-21 / 2009 telah berlangsung pada 2hb hingga 4hb Disember 2009 di Hotel Puteri Pacific, Johor Bahru. Pihak Lembaga Pelabuhan Johor telah dipertanggungjawabkan untuk menjadi tuan rumah bagi persidangan kali ini. Kemeriahan turut dirasai dengan penyertaan oleh lebih kurang 80 buah agensi Polis Bantuan dari seluruh Malaysia. Persidangan ini turut dihadiri oleh Pegawai-Pegawai Kanan daripada Ibu Pejabat Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Bukit Aman serta wakil daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen 14 buah negeri di seluruh Malaysia

kes-1  .   

Antara program yang mendapat sambutan hangat pada persidangan kali ke-21 ini adalah Seminar Keselamatan yang dirasmikan oleh YB. Datuk Wira Abu Seman bin Haji Yusop, Timbalan Menteri Dalam Negeri. Antara lain Persidangan kali ini juga turut dihadiri dan dirasmikan oleh YDH Deputi Inspektor General Tan Sri Ismail Bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara.

kes-2 

Harapan Ketua Polis Negara melalui persidangan ini, satu rumusan yang terbaik dapat dicapai dalam mempertingkatkan lagi usaha-usaha ke arah pencegahan jenayah yang lebih efektif di persekitaran tempat kerja agensi masing-masing. Peranan tersebut, secara tidak langsung akan dapat membantu PDRM membanteras kejadian jenayah yang semakin kompleks di negara kita. Melalui persidangan ini juga, beliau berharap dapat menyelesaikan permasalahan yang sering dihadapi oleh agensi-agensi Polis Bantuan di seluruh negara.

kes-3  kes-4

Dengan adanya persidangan seumpama ini akan dapat merealisasikan matlamat dan aspirasi Persatuan Polis Bantuan Malaysia ke arah menjalinkan hubungan yang lebih mantap dan perkhidmatan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

haberler