Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan

Bahagian Khidmat Pengurusan dan Kewangan LPJ memainkan peranan sokongan dan bertanggungjawab dalam pengurusan sumber manusia dan kewangan LPJ. Ia juga menguruskan hartanah LPJ yang dipajakkan kepada pengendali-pengendali pelabuhan dan juga hartanah-hartanah lain milik LPJ.

  • Unit Pentadbiran 
    Unit Pentadbiran menguruskan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan pejabat agar dapat melancarkan sistem penyampaian dan sokongan kepada pelaksanaan fungsi organisasi. Unit ini juga menguruskan dan membangunkan sumber manusia agar dapat memenuhi keperluan dan kehendak organisasi dalam melaksanakan fungsi dan tanggungjawab.

  • Unit Kewangan 
    Menguruskan sumber kewangan dengan cekap dan telus serta menyenggara aset-aset bergerak mengikut peraturan yang telah ditetapkan.

  • Unit Hartanah
    Unit Hartanah berperanan dalam mengawalselia dan membangunkan tanah milik LPJ terutamanya yang dipajakkan kepada pengendali-pengendali pelabuhan. Ia juga memantau dan mengendalikan hartanah-hartanah LPJ yang lain seperti bangunan pejabat, rumah kediaman kakitangan, flat kediaman, rumah rehat pelabuhan dan lain-lain. Di samping itu, Unit ini turut membuat penambahan keatas aset-aset LPJ melalui pembelian terus, permohonan tanah kerajaan dan pengambilan balik tanah.

Prosedur dan Proses Pajakan Tanah di Pelabuhan

Berikut adalah himpunan senarai semak proses pajakan tanah pelabuhan di bawah seliaan Lembaga Pelabuhan Johor

BADAN DAN KELAB

Majlis Bersama Jabatan (MBJ) 2012

Kelab Kreasi LPJ 2012

  • Carta Organisasi Kelab Kreasi LPJ (PDF)