Bahagian Khidmat Korporat & Pembangunan

BAHAGIAN KHIDMAT KORPORAT & PEMBANGUNAN

Bahagian Khidmat Korporat dan Pembangunan bertanggungjawab untuk mempromosikan dan menjadi pemudahcara perdagangan (trade facilitator) bagi pelabuhan-pelabuhan di bawah kawalseliaan LPJ melalui aktiviti pameran-pameran setempat ataupun antarabangsa dan liputan media. Ia juga memantau pembangunan fizikal pelabuhan dan turut bertanggungjawab untuk membangunkan sistem maklumat LPJ.

  • Unit Khidmat Korporat dan Pemasaran
    Unit Khidmat Korporat merupakan badan perhubungan LPJ yang menjaga hal ehwal korporat, pemasaran, promosi dan pemudahcara perdagangan kepada pelabuhan-pelabuhan dibawah kawalseliaannya. Ia juga menjadi penghubung LPJ dengan pihak media dan merupakan pusat pengumpulan dan sumber maklumat LPJ.

  • Unit Pembangunan
    Unit Pembangunan bertanggungjawab dalam memantau pembangunan fizikal di Pelabuhan Johor dan PTP dan mengawalselia penyenggaraan kepada semua aset tidak bergerak LPJ. Ia juga melaksana projek-projek pembangunan di bawah peruntukan Lembaga Pelabuhan Johor dan Persekutuan.

  • Unit Pembangunan Teknologi Maklumat
    Mengurus, menyelenggara, mentadbir dan menyediakan khidmat sokongan bagi perkakasan, sistem ICT LPJ serta sistem jaringan komunikasi berkaitan. Membantu dalam memudah cara sistem ICT di kalangan komuniti pelabuhan.

SUDUT ICT


Anda mempunyai komputer peribadi yang menggunakan sistem operasi Microsoft Windows XP? Jika ya, tahukah anda bahawa komputer anda juga sama seperti kenderaan bermotor yang perlu diservis dari semasa ke semasa? Apa yang anda boleh lakukan untuk memantapkan prestasi komputer peribadi anda dengan Windows XP?

  • Lakukan penyelengaraan terhadap hard disk anda

Disk Defragmenter: Untuk mendapatkan akese yang lebih pantas pada kandungan hard disk anda, defrag hard disk anda menggunakan Disk Defragementer sekurang-kurangnya sekali dalam dua minggu. Anda juga dinasihatkan untuk melakukannya setelah memasang/install perisian atau memasukkan fail dengan jumlah yang besar dan memakan ruang hard disk yang besar, contohnya games, OS baru, dan lain-lain lagi.
Klik Start > All Programs > Accessories > System Tools > Disk Defragmenter.

Satu paparan seperti berikut akan dipaparkan.

Pilih hard disk yang ingin dilakukan defragmentation. Seterusnya, klik butang Analyse.Tunggu untuk beberapa ketika dan satu paparan dialog box akan muncul memberitahu status hard disk sama ada defragmentation diperlukan atau tidak. Klik pada butang Defragment. Defragmentation akan dilaksanakan. [NOTA: Jika ruang kapasiti kosong pada hard disk anda kurang dari 15% dari keseluruhan kapasiti, maka satu paparan amaran akan dikeluarkan. Pastikan kapastiti ruang kosong adalah lebih dari 15% sebelum melakukan defragment] Setelah proses ini selesai, satu paparan akan muncul. Klik butang Close.

Scan Disk: Prorgram utiliti yang dapat digunakan untuk mengesan dan membaiki kerosakan bad sector pada hard disk. Bad sector boleh menyebabkan data yang disimpan (save) rosak atau tidak boleh ditulis semula selain menyumbang pada penurunan prestasi hard disk. Buka tetingkap My Computer. Pilih hard disk/partition yang anda ingin laksanakan Scan disk dan klik butang kanan pada mouse, pilih properties.

Pada dialog box Properties, klik pada tab Tools. Kemudian, klik pada butang “Check Now”. Keluar satu lagi dialog box, dan tandakan ‘check’ pada kedua-dua opsyen seperti dalam gambar di bawah. Klik Start.
[NOTA: Dalam keadaan tertentu, ketika hard disk atau partition yang anda ingin laksanakan ‘Scan Disk’ mungkin sedang digunakan, maka scan disk akan diletakkan pada ‘schedule’ dan akan dilaksanakan apabila anda menghidupkan semula/restart komputer anda.]

  • Pastikan System Restore anda ON.

System restore sangat berguna apabila Windows anda menghadapi masalah, seperti perubahan konfigurasi secara tidak sengaja dan anda tidak tahu bagaimana untuk mengembalikannya kepada yang asal. Misalnya, anda telah memasang/install sesuatu perisian, dan anda dapati perisian itu memberi kesan pada konfigurasi Windows anda (dan mungkin juga telah merosakkan windows anda), dan anda tidak dapat memadam perisian itu. Untuk mengatasi masalah ini, system restore dilakukan dengan memilih ‘restoration point’ pada tarikh sehari sebelum masalah ini berlaku. Contohnya, jika kerosakan berlaku pada 16 Jun, maka anda boleh mencari restore point pada tarikh paling akhir sebelum 15 Jun. Dalam contoh pada gamabr di bawah, resotration point yang terakhir sebelum 15 Jun ialah 13 Jun. Pilih system checkpoint dan pilih Next. Komputer anda akan dihidupkan semula sebentar lagi dan Windows anda akan kembali pada konfigurasi seperti pada tarikh yang dipilih.

Memastikan System Restore berada pada status ON agar Restoration Point Dapat dilakukan secara automatik dari semasa ke semasa. Dari Control Panel, pilih System. Klik pada tab System Restore. Pastikan status pada setiap hard disk/partition ialah ‘monitoring’. Jika tidak, klik pada butang setting dan ubah konfigurasi pada setiap satu hard disk/partition yang tidak berada dalam status ‘monitoring’. Klik OK apabila selesai.

  • Pastikan sekuriti komputer anda terjamin (Antivirus, Antispyware dan Firewall)

Imbas komputer dengan perisian ini sekurang-kurangnya dua minggu sekali.
Kemaskini fail paten virus sekurang-kurangnya seminggu sekali
Imbas disket atau USB storage drive sebelum digunakan
Pastikan perisian antivirus dan antispyware berada dalam status memantau sistem anda.


Mesej ini merupakan satu peringatan kepada semua pengguna PC terutama kepada mereka yang menguruskan pelayan (server) bahawa tiada suatu sistem operasi (OS) yang selamat pada asalnya (by default).Biarpun mereka menggunakan UNIX, LINUX yang terkenal dengan keupayaan ciri-ciri keselamatan rangkaian. Apa yang penting dalam setiap OS ialah konfigurasi yang betul, bukannya jenis OS yang digunakan. Ironiknya UNIX yang terkenal dengan aspek keselamatan itu adalah yang paling banyak diceroboh dan merupakan platform popular di kalangan hacker untuk mengujinya!

Artikel-artikel yang disiarkan di laman ini akan cuba mengupas aspek-aspek keselamatan komputer secara ringkas untuk panduan umum dalam mengawasi komputer mereka dari penceroboh. Juga kepada mereka yang ingin membantu, anda digalakkan untuk menghantar artikel melalui email kepada Webmaster untuk disiarkan.

Analogy of Intrusion:

Pencerobohan ke atas sesuatu PC atau server dilakukan melalui beberapa cara yang diistilahkan sebagai Hacking, Cracking dan Exploits. Umpamakan penceroboh itu ingin memasuki sebuah rumah yang dikunci pagarnya dengan mangga bernombor , penceroboh akan melakukan beberapa perkara seperti berikut:

  • Mengawasi pergerakan tuan rumah keluar masuk untuk beberapa hari sebelum pencerobohan di lakukan untuk mendapatkan maklumat asas tentang kesesuaian waktu menceroboh, ciri-ciri keselamatan rumah berkenaan seperti jenis kunci yang digunakan, kedudukan pintu, tingkap dan mungkin lain-lain lubang yang boleh dimasuki. Kedua-dua peringkat ini diistilahkan sebagai Scanning.
  • Kadangkala penceroboh turut mencuri pandang kominasi nombor yang digunakan oleh tuan rumah berkenaan dengan teropong dari jarak jauh untuk beberapa lama. Proses mencuri pandang ini dikenali sebagai sniffing atau Sniffer.
  • Setelah mendapat maklumat dan kesesuaian waktu, penceroboh akan mula memasuki rumah berkenaan. Mungkin pada awalnya mereka akan cuba menggunakan kaedah yang mudah iaitu dengan menguji secara rambang kombinasi nombor mangga pada pagar rumah mangsa dengan berpandukan maklumat asas tuan rumah seperti no. plat kereta, no rumah, telefon dan sebagainya. Proses menguji-cuba ini dikenali dengan nama Hacking atau Cracking.
  • Sekiranya usaha secara uji-cuba ini gagal atau mengambil masa terlalu panjang, mereka akan menukar strategi kepada lebih keras dengan memecahkan mangga berkenaan atau lain-lain pintu, tingkap atau lubang yang agak lemah buatannya pada rumah mangsa. Tindakan agresif ini disifatkan sebagai Exploits.
  • Bagi penceroboh yang berpengalaman, mereka tidak akan membiarkan diri mereka dikenali, oleh itu mereka mungkin akan menggunakan teknik-teknik penyamaran seperti memakai topeng hatta menggunakan sihir seperti halimunan dan sebagainya. Keadaan mereka dalam keadaan tidak dikenali ini boleh disamakan sebagai Anonymity atau Anonymous. Contoh di atas merupakan analogy mudah untuk kefahaman tentang tahap attack sahaja. Bagaimanapun definisi lengkap berkenaan teknik-teknik di atas diterangkan di bahagian berkenaan.

Siapa Mereka?

Profil tipikal penceroboh berdasarkan buku Maximum Security (dan tambahan oleh penulis) adalah seperti berikut:

  • Seorang yang mempunyai asas programming dalam bahasa C, C++ atau Perl yang banyak digunakan dalam aturcara rangkaian atau web script.
  • Mahir dalam protokol internet TCP/IP merupakan mandatori kepada penceroboh internet atau remote base attack.
  • Seorang yang menghabiskan banyak masa di internet melebihi 50 jam sebulan dan kebanyakkan dari mereka bekerja di sektor yang menggunakan komputer tetapi tidak terhad kepada IT profesional sahaja.
  • Mempunyai pengetahuan mendalam tentang sekurang-kurangnya dua OS terutamanya UNIX dan/ atau VMS, Linux dan Windows NT.
  • Mempunyai koleksi software lama yang hampir pupus tetapi berkeupayaan tinggi terutama yang berasaskan DOS yang hingga kini tidak dapat ditandingi oleh sofware moden. Sebagai contoh, program DEBUG dalam DOS yang amat berkuasa (powerfull) untuk menganalisis hardware configuration pada PC.

Dari Mana Mereka Bermula?

Tapak pelancaran atau OS yang digunakan oleh penceroboh berbagai. Kebanyakkan hacker yang established menggunakan OS UNIX, manakala MacOS adalah yang paling kurang sekali memandangkan tools nya kurang dan bilangan pengguna internet untuk sistem operasi MacOS amat kecil berbanding OS lain. Antara OS popular lain adalah Linux atau FreeBSD memandangkan OS berkenaan adalah mudah diperolehi, percuma dan kurang menggunakan hardware resource ( hatta PC 486 boleh menjalankan Linux) di tambah dengan ciri-cirinya yang menyerupai UNIX.

Bagaimanapun Windows NT kini semakin menjadi pilihan kepada hacker untuk menceroboh terutamanya kerana bilangan pengguna Windows di internet semakin bertambah dan security tools berkaitan Windows mudah didapati diinternet. Bilangan pelayan internet komersil yang menggunakan WindowsNT Server kini meningkat dengan mendadak ditambah dengan cadangan penggabungan DEC dan Microsoft akan mengalih pandangan hacker kepada Windows NT sebagai platform mereka. Bagaimanapun adalah mudah menggunakan OS yang sama dengan mangsa untuk menceroboh. Misalnya jika ingin menceroboh Linux, gunakan platform Linux juga sebagai tapak OS anda untuk memudahkan komunikasi dan memastikan anda mahir dengan sistem keselamatan/kelemahan OS mangsa.

Kenapa Menceroboh?

Pelbagai alasan dan justifikasi oleh penceroboh untuk menyerang mangsa mereka, antaranya:

  • Benci - mungkin hacker berkenaan tidak menyukai mangsa atau beliau adalah salah seorang yang dianiayai oleh mangsa sebelum ini.
  • Cabaran - hacker umumnya seorang yang menyukai cabaran dan mencerobohi sesuatu rangkaian baginya adalah sesuatu yang menyeronokkan.
  • Wang - sesetengah hacker diupah untuk menceroboh sesuatu rangkaian oleh orang kedua untuk sesuatu alasan.
  • Ingin tahu - rasa ingin tahu sesuatu maklumat atau kandungan di dalam PC seseorang atau sekadar mencuba keselamatan sesuatu sistem.
  • Politik - fenomena ini jarang berlaku di negara yang telus sistem demokrasi dan hak bersuara. Ianya dilakukan oleh pihak yang bertentangan ideologi yang ingin memusnahkan antara satu sama lain. Umumnya kegiatan ini dilakukan oleh pihak pemerintah atas dasar pengukuhan kuasa.
  • Sabotaj - sesetengah pencerobohan dilakukan oleh pengintip terutamanya ke atas server agensi penting kerajaan untuk mendapatkan maklumat atau sekadar ingin memusnahkan jaringan komunikasi web musuh mereka di saat-saat kritikal seperti ketika peperangan atau pilihanraya.

Laptop atau Desktop? Persoalan ini mungkin timbul seandainya anda ingin membeli komputer peribadi baru samaada untuk kegunaan diri sendiri ataupun keluarga. Di sini disenaraikan beberapa kelebihan dan kekurangan dalam memiliki sama ada laptop atau dekstop – pilihan di tangan anda.

Adakah saya suka mengembara? Atau saya kerap melakukan kerja di luar pejabat?
Jika anda berada dalam kategori ini, maka laptop adalah pilihan yang paling sesuai untuk anda. Tidak kira sama ada untuk tujuan perniagaan atau sekadar melancong, anda akan dapati bahawa laptop adalah pilihan yang paling ideal untuk anda.

Sekiranya anda seorang yang suka melancong, anda dapat memasukkan gambar yang diambil menggunakan kamera digital dengan mudah– anda hanya perlu memindahkan gambar yang diambil ke dalam komputer sekiranya ruang di kad memori hampir penuh, maka anda tidak perlu bimbang untuk membeli lebih banyak kad memori . Selain itu, anda dapat menonton CD video kegemaran anda yang dibeli di mana-mana tempat anda melancong dengan segera. Jika anda seorang ahli perniagaan, maka urusan perniagaan anda akan bertambah mudah, dan segala maklumat pelanggan berpotensi kekal dan mudah untuk ditambah ke dalam laptop anda.

Tidak kira sama ada anda pelancong atau ahli perniagaan, anda boleh mengakses ke internet dengan mudah dan percuma di kebanyakan tempat perlancongan serata dunia, termasuk Malaysia. Dengan kemudahan hotspot di kebanyakan tempat di seluruh negara, terutamanya di lapangan terbang dan hotel perlancongan, anda dapat memanfaatkan teknologi Wi-Fi sekiranya ia disertakan sekali bersama-sama laptop anda. Selain itu, anda juga dapat memanfaatkan teknologi 3G masakini pada laptop anda dan dapatkan akses berkelajuan tinggi ke internet dengan mudah tanpa had di mana-mana tempat anda pergi.

Adakah laptop benar-benar ‘portable’ dan fleksibel?

Kenyataan ‘mudah untuk di bawa ke mana-mana’ untuk laptop sebenarnya adalah terhad. Katakan, sekiranya anda membeli sesebuah laptop, dan setelah beberapa ketika anda menggunakannya, anda akan dapati bahawa anda perlu menambah beberapa aksesori lain bagi memenuhi keperluan anda, misalnya hard disk dan DVD+RW. Jika anda tidak bernasib baik, ruangan pada saiz laptop anda yang terhad memaksa anda menggunakan aksesori tambahan ini secara external – dengan kata lain, anda harus membeli hard disk external atau DVD+RW external yang dipasang pada port USB, berbanding dengan Desktop di mana ia boleh dipasang di dalam Mini Tower Casing. Dan tidak pula lupa untuk disebut – peralatan aksesori external adalah jauh lebih mahal berbanding dengan aksesori internal. Misalnya, hard disk yang dipasang secara internal (di dalam laptop atau desktop) adalah lebih murah dari hard disk external.

Bagaimana dengan penyelengaraan dan servis? Mana lebih mudah? Dan lebih murah?
Secara amnya, menservis dan menyelenggara desktop PC adalah lebih mudah berbanding dengan laptop. Anda bebas membuka dan memasang perkakasan/hardware di desktop PC dengan mudah berbanding dengan laptop, terutamanya ketika komputer anda menghadapi masalah dengan perkakasan/hardware. Satu kekurangan laptop ialah kos menservis atau menaik taraf adalah lebih tinggi dan mahal. Misalnya, harga untuk sekeping modul memori (RAM) laptop boleh mencecah sehingga dua kali ganda harga RAM dengan spesifikasi yang sama untuk desktop. Selain itu, pemilihan komputer desktop memberikan anda kelebihan untuk menaik taraf PC dengan mudah berbanding laptop lantaran ruangan casingnya yang jauh lebih sempit dan terhad.

Adakah anda peminat games atau permainan PC?
Jika jawapan anda adalah ya, maka desktop adalah pilihan paling ideal bagi anda. Ini kerana anda akan mendapat kualiti video yang lebih mantap di monitor CRT yang didatangkan bersama-sama komputer desktop. Selain itu, anda mungkin ingin meningkatkan prestasi graphics card dan sound card anda dari semasa ke semasa. Maka dengan PCI slot dan ruangan Mini Tower Casing yang lebih besar, penambahan atau penukaran expansion card untuk tujuan naik taraf prestasi PC akan menjadi lebih mudah dan murah.

Apakah yang sesuai untuk pelajar?
Secara amnya, laptop adalah pilihan paling ideal untuk para pelajar terutamanya penuntut di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi. Ini bagi memudahkan pelajar dan penuntut untuk mencatat nota, menyampaikan persembahan di dalam kelas dan tidak kurang juga untuk melayari internet melalui sambungan Wi-Fi ke hotspot yang sudah boleh didapati di kebanyakan IPT tempatan.

Tetapi, bagi pelajar yang ingin mendalami hobi PC, seperti mengenali hardware, memasang dan menyelenggara perkakasan/hardware komputer, maka desktop adalah pilihan yang paling ideal lantaran reka bentuknya yang memang amat sesuai bagi mereka yang ingin mendalami ilmu hardware PC – yakni anda dapat membuka, menambah sebarang aksesori dalaman pada komputer desktop anda.

Jika anda mulai berhadapan dengan masalah seperti menggerakkan mouse, tetapi penunjuk mouse langsung tidak memberi respon, atau walaupun anda menekan kekunci 'Caps Lock' berkali-kali, tetapi lampu penanda caps lock di keyboard anda tidak menukarkan statusnya, sama ada menyala statik atau tidak menyala langsung, maka anda berkemungkinan besar menghadapi masalah dengan hardware.

Apa yang perlu anda lakukan? Pertama sekali yang perlu diingatkan, apabila berlaku masalah hardware, maka kekunci Alt + Ctrl +Delete juga tidak mampu menyelamatkan komputer anda serta operasi yang anda sedang laksanakan di Windows. Jalan yang terbaik untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menghidupkan semula/restart komputer anda.

Dalam beberapa keadaan, butang Reset juga tidak mampu untuk menghidupkan semula komputer anda. Maka anda perlu mengambil langkah yang lebih ekstrem - mematikan bekalan kuasa elektrik di suis dinding.

Adakah komputer saya akan rosak jika berbuat demikian?

Anda sebenarnya tidak bersalah dalam hal ini, ini kerana sememangnya tiada cara lain lagi bagi mengatasi masalah yang disebabkan oleh hardware. Anda mungkin pernah mendengar bahawa dengan mematikan komputer secara paksa oleh menyebabkan hard disk anda rosak. Apabila komputer anda dimatikan secara paksa, secara tidak langsung aplikasi yang sedang beroperasi juga tidak dapat dimatikan secara sempurna, dan seterusnya mengakibatkan terlalu banyak fragmented files dan cluster yang tidak dapat dipadam dengan sempurna dan memenuhi hard disk anda. Ini boleh menyebabkan hard disk anda bertambah 'sesak dan sempit' walaupun anda menjalankan operasi pembersihan 'Disk Cleanup'.

Seterusnya, anda mungkin ingin cuba menghidupkan semula komputer anda dan memasuki semula windows. Jika anda dapat menghidupkannya semula dan menggunakan Windows tanpa sebarang masalah - syabas! Tetapi, sekiranya sebelum sempat anda memasuki Windows, ataupun setelah beberapa ketika memasuki Windows, komputer anda mulai menujukkan simptom masalah hardware (sekali lagi), maka anda perlu bertanya diri anda beberapa soalan:

  • Adakah aku telah memasang apa-apa hardware lain di komputer aku baru-baru ini?
  • Apakah aku telah mengubah apa-apa konfigurasi pada hardware aku? terutamanya di BIOS setup menu?
  • Adakah aku telah mengemaskini/update hardware pada komputer aku baru-baru ini (seperti update driver graphics card, sound card dan lain-lain)?

Jika anda baru memasang apa-apa hardware pada komputer anda. Kemungkinan besar hardware itumenjadi punca pada masalah anda. Apa yang perlu anda lakukan? Buka penutup Mini Tower Casing anda, dan tanggalkan hardware itu dari sistem komputer. emudian cuba hidupkan semula komputer anda.

Atau jika hardware yang anda pasang itu amat penting dan anda memerlukannya, maka anda mungkin perlu mendapatkan driver terkini dari laman web pengeluar hardware berkenaan. Dan pastikan ia mendapat pengesahan WHQL Digital Signature dari Microsoft.

Jika anda baru mengemaskini driver terbaru untuk hardware anda, kemungkinan anda menghadapi masalah bug pada driver terbaru itu. Masuk ke Safe Mode dan pasang kembali driver asal yang diketahui boleh berfungsi dengan baik.

Sekiranya anda mengubah apa-apa konfigurasi pada hardware anda, mudah - ubah kembali konfigurasi itu!

P/s : Bagi memelihara komputer agar sentiasa baik, adalah dinasihatkan agar mendapatkan nasihat orang yang lebih pakar sekiranya anda ingin membuat sesuatu perkara yang diluar pengetahuan anda.

Apa Itu Internet?
INTERNET ialah Satu singkatan bagi perkataan “inter network” . Merupakan rangkaian bagi rangkaian computer global (Wide Area Network atau WAN) yang menghubungkan berjuta-juta computer di dunia. Internet juga merupakan jalinan rangkaian komputer dengan rangkaian komputer lain di seluruh dunia. Ini membolehkan kita berkomunikasi dan bertukar maklumat antara individu dan manusia sejagat.

Internet menyediakan berbagai kemudahan yang antara lainnya termasuklah Telnet iaitu mengakses sesebuah komputer dari jarak jauh, ‘IRC chat’ iaitu berbual dengan individu lain di merata dunia, menghantar dan menerima mel, rangkaian ‘newsgroup’, memindahkan fail antara satu komputer dengan komputer yang lain (ftp) dan akses ke WWW (World Wide Web).

Bagaimanakah internet berfungsi?
Kebanyakan pengguna internet dari rumah menggunakan sambungan dial up melalui modem untuk ke internet. Proses mencapai internet bermula apabila mendail ke ISP (Internet Service Provider) seperti TMnet, atau JARING. Secara ringkasnya sambungan ke internet bermula dari PC anda apabila menggunakan pelayar web (contohnya) dengan menggunakan TCP/IP berhubung ke internet.Internet menggunakan protokol yang dinamakan TCP/IP (Transmission Control Protocol/ Internet Protocol) yang merupakan bahasa standard untuk internet.

Signal analogue dari modem akan "berlayar" melalui wayar copper di tiang2 telefon di kawasan rumah ke ibusawat Telekom yang terdekat.Peringkat ini adalah dinamakan "transmission facilities" merupakan media fizikal yang menyambungkan signal dari rangkaian ke rangkaian lain. Switch atau Exchange yang biasanya terletak di pejabat Telekom berdekatan, akan menghalakan talian anda mengikut nombor panggilan yang dibuat. Contohnya jika anda dail kepada no 1511 sambungan akan dihalakan kepada ISP JARING dan jika 1515 akan disambungkan ke TMNET.

Switch atau Exchange secara amnya bertugas menyediakan akses tempatan bagi sesebuah kawasan, menghubungkan panggilan dari satu pengguna ke pengguna lain bagi kawasan tersebut. Selain dari itu ia juga menyediakan khidmat lain seperti "call waiting", " call transfer" dan lain-lain. Proses pengesahan (authentication) dari segi login dan password disahkan dengan cara membandingkan login/katalaluan yang anda masukkan dengan sebuah database pengguna yang telah berdaftar secara sah. Kemudian anda disambungkan kepada beberapa perkhidmatan untuk pengguna internet ,

Contohnya Domain Name Server (DNS) .Tugasnya untuk menukarkan nama domain contohnya www.ittutor.net kepada ip address dari sebuah database besar yang sentiasa di "update"kan. Email Server-POP (Post Office Protocol) Server contohnya pop10.jaring.my merupakan email host anda.
News Server-Server untuk menghubungkan anda kepada usenet contohnya news.jaring.myServer-server ini memerlukan sistem yang cekap dan pantas bagi memproses permintaan dari pengguna-pengguna internet. Selain dari itu anda juga anda disambungkan kepada billing system yang merekodkan penggunaan masa internet. Billing system bergantung kepada equipment yang digunakan, biasanya menghasilkan CDR atau SNMP yang akan dipungut oleh billing system atau mediation server.

Beberapa komponen network yang lain juga digunakan seperti firewall dan intrusion detection system (IDS) untuk sekuriti , load balancing untuk pembahagian beban , cache engine untuk mencepatkan akses. Internet backbone merupakan tulang belakang kepada ISP anda. Biasanya menggunakan high end routers dan mempunyai routing table yang kompleks. Kelajuan dan kapasiti merupakan salah satu isu utama. Jika laluan kecil seperti copper wire di tiang-tiang telefon tersebut diandaikan sebagai jalanraya, internet backbone ini bolehlah disamakan sebagai lebuhraya.
Pelbagai teknologi digunakan seperti ATM, T1,T3,STM yang berbeza dari segi kelajuan dan mungkin juga medium yang digunakan seperti fiberoptik. Sambungan dari internet backbone tersebut disambungkan melalui laluan didasar laut ke negara- negara lain.

Akhirnya dari backbone tersebut kita disambungkan kepada servis-servis internet seperti anda sekarang ini disambungkan kepada webserver yang berada jauh beribu batu dari lokasi komputer anda!Webserver anda mungkin menggunakan OS yang berlainan seperti Linux, Windows NT, UNIX, FreeBSD dan lain-lain.rnJenis-jenis perkhidmatan dalam internetrn• Berkomunikasi menerusi e-mail - Emel atau mel eletronik.
Dengan menggunakan kemudahan Internet, mesej, memo mahupun surat boleh dihantar tanpa melalui mel pos biasa. Tiada sampul surat dan tiada setem dilekatkan. Mesej yang dilantar melalui email boleh diterima dengan lebih cepat. Mesej juga boleh dihantar kepada ramai penerima dengan menggunakan satu emel bagi satu-satu kumpulan.

Memperolehi maklumat menerusi World Wide Web (WWW)
Ia merupakan koleksi beberapa halaman yang tersimpan di dalam komputer di seluruh dunia dan boleh di cantum atau disambungkan melalui pautan hiperteks.WWW dapat menyediakan kemudhan pengunaan pautan antara fail dalam komputer di seluruh dunia. WWW ini dapat di layari menggunakan pelayar Internet seperti Netscape Navigator, Microsoft Internet Explorer dan sebagainya.

  • Memindah fail menerusi File Transfer Protocol (FTP) - FTP atau File Transfer Protocol ialah piawai protokol internet yang digunakan untuk pertukaran fail di antara komputer di internet. Seperti juga HTTP yang digunakan untuk memindahkan halaman web, SMTP untuk memindahkan email, FTP juga bertindak di dalam protokol TCP/IP.
  • Membaca Berita
  • Jual Beli Barang
  • Perisian Percuma
  • Mencari Pekerjaan
  • Permainan Video
  • Kursus Secara On Line
  • Kajian Dan Penyelidikan

WALAUPUN perisian Microsoft Word bukannya perisian sesuai digunakan untuk membuat pengiraan, kadang kala terdapat maklumat yang wujud ketika kita menyediakan dokumen dan memerlukan pengiraan atau semakan secara cepat. Pengiraan ringkas boleh dilakukan di dalam perisian ‘Word’ itu sendiri tanpa perlu menggunakan perisian pengiraan yang lain.
Tapi arahan ini tidak terdapat di dalam Menu Word sedia ada. Kemudahan itu perlu diaktifkan dan diletakkan di dalam menu sebelum ia boleh digunakan. Untuk mengaktifkan kemudahan itu ikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke Menu Tools dan pilih Customize.
  2. Pilih tab Commands dan pilih kategori All Commands. Di dalam ruang Commands pilih ToolsCalculate.
  3. Tarik Command ToolsCalculate dan pilih menu Tools, letakkan Command ToolsCalculate di bawah AutoSummarize.
  4. Untuk mendapatkan jumlah di antara nombor yang terdapat di dalam dokumen, anda hanya perlu tandakan (highlight) nombor dan pilih.
  5. Jawapan pengiraan akan dipaparkan di bahagian bawah skrin.

Keputusan pengiraan juga disimpan di dalam memori dan boleh dipaparkan semula di dalam dokumen dengan menggunakan arahan Paste. Pengiraan juga boleh dilakukan untuk nombor yang berada di dalam perenggan yang ditandakan (highlight).

SEMUA paparan yang muncul di skrin komputer sebenarnya boleh disimpan untuk rujukan pada masa depan. Ini penting apabila melakukan transaksi menggunakan internet seperti perbankan internet. Dengan kemudahan penyimpanan imej yang dipaparkan, imej transaksi boleh disimpan tanpa perlu mencetak imej transaksi setiap kali transaksi dilakukan. Kemudahan penyimpanan imej ini sebenarnya memang wujud dalam sistem pengoperasian semua komputer namun tidak dinyatakan secara terangan. Untuk menyimpan imej yang dipaparkan pada skrin, butang ‘Prt Scr Sys Rq’ boleh digunakan.

Apabila ia ditekan, imej skrin disimpan dalam memori, dan boleh dihasilkan semula dengan menggunakan arahan ‘Paste’ dalam perisian seperti Paint, Microsoft Word dan lain-lain aplikasi. Jika anda hendak merakamkan hanya Kotak Dialog tanpa latarbelakangnya, anda hanya perlu menekan butang “ALT” semasa menekan butang “Prt Sc Sys Rq”. Apabila anda menekan kedua-dua butang tersebut, hanya kandungan tetingkap teratas sahaja akan dirakamkan. Teknik yang sama juga boleh digunakan untuk menghasilkan buku rujukan atau manual penggunaan perisian.

KEBANYAKAN dokumen yang digunakan untuk urusan perhubungan ketika ini dihasilkan secara elektronik. Dokumen itu juga tidak lagi dicetak atau dihantar melalui pos tetapi dihantar secara elektronik melalui e-mel. Dokumen yang dihasilkan oleh sesuatu perisian memerlukan perisian yang sama apabila dokumen itu hendak dibuka semula. Jika perisian yang berlainan digunakan, ia mungkin tidak boleh dibaca, atau jika boleh sekalipun, ia mungkin berubah.

Satu penyelesaian diperlukan supaya semua dokumen yang dihasilkan secara elektronik oleh sebarang perisian boleh dibuka tanpa menggunakan perisian asal. Di antara format yang popular yang membolehkan dokumen dibuka secara elektronik tanpa penggunaan perisian asal adalah format PDF ataupun Portable Document Format.

Perisian penghasilan PDF ini satu ketika dulu perlu dibeli, namun kini terdapat banyak perisian penghasilan PDF yang boleh diperoleh secara percuma. Di antara perisian untuk menghasilkan fail PDF yang boleh digunakan secara percuma adalah PrimoPDF yang boleh dipindah turun dari www.primopdf.com

Apabila perisian PrimoPDF dipasang di komputer, cara pengunaannya tidak seperti perisian yang lain. Kemudahan perisian PrimoPDF ini hanya boleh dicapai menggunakan arahan Print. Itu bermakna apabila hendak mengubah sesuatu dokumen kepada format PDF, kita perlu melakukan arahan Print terlebih dulu.
Langkah yang perlu diikuti untuk membuat dokumen yang berformat PDF adalah seperti berikut:

  1. Buka dokumen yang hendak diubah seperti biasa.
  2. Pilih arahan Print dan pilih Printer yang bernama PrimoPDF. Tekan Ok.
  3. Paparan ini akan dipaparkan, pilih pilihan yang sesuai untuk dihasilkan
  4. Tekan di atas butang “Security” jika dokumen yang dihasilkan memerlukan kemudahan kata laluan.
  5. Dokumen yang sudah diubah formatnya kepada format PDF akan dipaparkan untuk semakan. Anda memerlukan perisian Adobe Acrobat Reader untuk membuka fail PDF yang dihasilkan itu.
  6. Perisian ini boleh diperoleh secara percuma di www.acrobat.com
  7. Berikut adalah aliran format dan perisian yang diperlukan untuk menukarkan format .DOC kepada format .PDF.

Format PDF ini juga boleh digunakan untuk mengekalkan jenis huruf yang terdapat di dalam sesuatu dokumen, menerima kemasukan data di dalam bentuk borang serta penambahan elemen interaktif terhadap sesuatu dokumen. Dokumen PDF yang dihasilkan boleh dihantar melalui e-mel kepada penerima seperti kita menghantar dokumen elektronik yang lain.

Mengenal ralat internet sesuatu laman web. Ada beberapa mesej ralat yang anda perlu tahu ketika melayari internet. Ia terjadi apabila anda ingin melayari sesebuah laman web. Ada beberapa ralat yang saya dapat list kan untuk anda.

401 Unauthorized
Anda gagal cuba mengakses sesebuah laman web. Mungkin anda bukan seorang pelawat berdaftar bagi laman web tersebut. Kiranya anda bukan ahli berdaftar. Ia terjadi apabila kata laluan yang dimasukkan tidak betul. Jika anda ahli berdaftar, cuba sekali lagi masukkan kata laluan dan anda perlu mengambil kira kata laluan [ sensitif ] seperti huruf besar.

400 Bad File Request
Ini selalunya terjadi apabila sintaksis digunakan dalam url adalah tidak betul [ eg. huruf besar anda tukar jadi huruf kecil & salah tanda baca ]. Semak alamat url, pastikan alamat url yang anda taip betul.

404 File Not Found
Ralat ini disebabkan laman web yang cuba anda layari tidak wujud. Anda perlu memastikan samada url yang anda taip itu betul. Anda boleh refesh page. Jika tidak berjaya anda boleh guna nama domain saja untuk carian. Contohnya www.lpj.gov.my/index, anda padamkan sambungan selepas nama domain www.lpj.gov.my , anda boleh mencari fail yang dikehendaki melalui link terletak pada laman web tersebut.

408 Request Timeout
Anda memberhentikan permintaan pada server sebelum server sempat menjumpai fail yang anda request. Anda tekan butang stop sebelum page yang anda request dipaparkan. Nie kes tak sabar nie .Lambat sangat paparan, tekan butang stop terus.

Bad File Request
Server tidak dapat mentafsirkan borang yang hendak diproses. Biasanya terjadi ketika mengisi borang. Kemungkinan pelayar @ browser anda tidak menyokong aplikasi borang tersebut. Bagi kes ni, anda boleh menghantar message kepada webmaster laman web tersebut dan memberitahu masalah ternikal yang berlaku beserta pelayar yang anda guna ketika itu.

Tahukah anda jika anda menghatar email forward ataupun ingin menghantar email kepada orang ramai dalam satu senarai adalah tidak beretika dengan meletakkan semuanya di dalam ruangan to : apatah lagi dengan meletakkan senarai yang banyak di dalam senarai CC:(carbon copy). Cara menghantar email untuk senarai yang banyak perlu diletakkan di dalam ruangan BCC: (blind carbon copy)

Dengan cara BCC ini penerima email hanya mendapat email dari penghantar sahaja tanpa mengetahui email-email lain yang dihantar. Cara ini juga dapat mengurangkan spam di mana penerima email lain mempunyai email orang lain di dalam inbox mereka.

Sekarang terdapat satu virus yang agak merbahaya yang semakin berleluasa. Untuk mengesan virus ini adalah dengan melihat atas browser samada i.e atau mozilla ader terdapat perkataan 'Restricted By Bro Act', ini menandakan yang pc atau laptop anda mempunyai virus tersebut, ianya akan menyebabkan pc anda semakin perlahan dan lemah. Setakat ini tiada antivirus yang dalam bersihkan semua virus ini melainkan dengan cara manual iaitu memadamkan file 'autorun.exe' yang anda boleh lihat dengan memaparkan hidden files.
Virus ini berpunca daripada external devices seperti pen drive, external harddisk dan cd. Untuk mengesan yang external device tersebut ada virus tersebut, anda boleh lakukan perkara ini :

  1. Cucuk pen drive anda.
  2. Jika keluar autorun window, hanya tekan cancel.
  3. Pergi pada my computer > klik kanan pada ikon pendrive anda.
  4. Jika ada perkataan AUTORUN pada atas sekali, maka sahlah pendrive anda bermasalah.
  5. Lakukan pada alatan lain seperti external hard disk atau cd.

Langkah-langkah untuk memastikan file anda selamat ialah dengan buat backup semua file yang ada di dalam hard disk anda.
Scan pc anda sekerap mungkin dan sila update antivirus anda.

Dalam dunia tanpa sempadan ini, apa saja boleh berlaku. Kecanggihan teknologi juga boleh disalahguna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain. Walaupun kita mempunyai perisian anti virus, ianya belum dapat menjamin 100% selamat.Tahukah anda apakah tanda-tanda jika pc kita telah dijangkiti virus?

Tanda tanda pc anda telah dijangkiti virus adalah seperti berikut:

  • PC menjadi hang selepas dibuka, dan seringkali berlaku.
  • Prestasi PC tiba-tiba sahaja menjadi lembap. Sebarang aplikasi atau fail yang hendak dibuka menjadi terlalu perlahan.
  • Keluar mesej "Out of memory error" walaupun PC mengandungi ruang ingatan yang mencukupi.
  • Sistem operasi Windows tidak boleh dijalankan walau sebelum ini kita tidak pernah menyentuh bahagian setting ataupun mengubah registry.
  • Sistem operasi Windows tidak dapat dijalankan kerana fail-fail penting untuk menjalankannya hilang tiba-tiba.
  • Ada program yang tidak pernah diinstal sebelum ini tiba-tiba muncul dan berjalan dengan sendirinya.
  • Terdapat proses yang tidak diketahui sedang berjalan dan menggunakan banyak sumber CPU.
  • Kita tidak boleh menginstal sebarang program atau aplikasi baru.
  • Windows seringkali reboot dan proses reboot berlaku berulangkali.
  • Utiliti cakra seperti scandisk melapurkan banyak error pada cakra selepas melakukan imbasan cakra.
  • Program atau aplikasi yang sebelum ini boleh digunakan crash secara tiba-tiba.
  • Drive partition bagi cakra keras, CD-ROM dan cakra liut tiba-tiba sahaja hilang.
  • Menerima email yang mengandungi sisipan-sisipan yang ganjil, contohnya mengandungi dua ekstensi.
  • Perisian Antivirus hilang tiba-tiba.
  • Perisian Antivirus tidak boleh di instal.
  • Dialog box terpapar pada skrin secara tiba-tiba.
  • Sistem PC berjalan dengan sendirinya, misalnya tetikus menunjuk ke sesuatu, membuka dan menutup tray CD-ROM dengan sendirinya.
  • Penunjuk tetikus berubah imej dan grafik.
  • Ikon-ikon ganjil terpapat pada sistem tray walaupun tidak pernah menginstal sebelum ini.
  • Muzik atau Video tiba-tiba sahaja dimainkan dengan sendirinya.
  • Saiz sesuatu fail berubah, walaupun kita tidak mengeditnya sebelum ini.
  • Fail-fail yang kita simpan hilang satu persatu.
  • Properties sesuatu fail berubah dengan sendirinya.

Sumber : Majalah Tempatan

Bila anda taip perkataan Teh dan salepas itu menekan kekunci enter, perkatan tersebut bertukar kepada The. Bagi menghindarkan masalah ini yang kadangkala menganggu kerja menaip, lakukan mengikut cara dibawah.

  • Buka Microsoft Word
  • Klik Tool
  • Klik Auto Correct
  • Cari perkataan teh - the didalam scroll box dan klik
  • Gantikan perkataan the supaya menjadi - teh - teh
  • Klik OK

Kekadang kita akan terasa lambat untuk keluar paparan desktop komputer semasa permulaan komputer di hidupkan. Ini adalah kerana proses program load startup pada komputer yang kadangkala terlalu banyak program dibaca.. Anda boleh lihat icon disebelah kanan bawah taskbar.

Itulah yang menyebabkan komputer anda lambat untuk memaparkan desktop.. Anda boleh mempercepatkannya dengan membuang program-program yang tidak penting dengan menggunakan msconfig. Cara-caranya ialah :-

  1. Klik Start, dan klik run
  2. Taip perkataan msconfig, anda akan dipaparkan dengan System Configuration Utility.
  3. Klik pada Startup tab
  4. Pilih program yang anda tak mahu load pada startup. Tick untuk program yang hendak di load pada startup.
  5. Klik Apply
  6. Anda akan dipaparkan degan msg box, klik pada restart.
  7. Tengok perubahan yang berlaku.

Disini ada beberapa tips penjagaan persekitaran komputer untuk anda.Tips ini adalah untuk penjagaan persekitaraan komputer peribadi anda. Jika anda berjaya melakukan 4 tips ini, Insya’Allah komputer anda boleh bertahan lama.

Debu
Musuh komputer yang utama adalah debu/habuk.Jangan letak komputer anda di bahagian sentiasa mempunyai habuk seperti berhampiran dapur.Jangan letakkan komputer anda dibahagian bawah atau berada dilantai, ia memudahkan lagi habuk merosakkan komputer anda.Sekiranya anda membersihkan rumah, seperti menyapu, mengibas permaidani atau baju, jauhi dari komputer anda. Seelok-eloknya sediakan bilik khas untuk komputer ” Bilik Komputer”.

Minuman dan Makanan
Elakkan daripada minum atau makan ketika menggunakan komputer.Ia akan mendatangkan masalah sekiranya air atau makanan anda tertumpah pada keyboard atau perkakasan lain.Bayangkan hujung jari yang berminyak menyentuh keybord, skrin, mouse atau peralatan lain komputer..

Merokok
Asap atau habuk rokok boleh menyebabkan kerosakan pada komputer.Habuk rokok mudah menyelinap masuk pada celah2 keyboard.Sekiranya anda bukan perokok, jauhilah komputer anda dari perokok atau menghalang memberi kebenaran pengguna yang menggunakan komputer anda sambil menghisap rokok.

Haba
Haba juga adalah salah satu musuh utama kerosakkan komputer.Gunakanlah komputer anda di tempat yang mempunyai aliran udara yang bagus.Semakin lama anda menggunakan komputer semakin banyak haba dikeluarkan.Sekiranya haba terlampau panas, Ia boleh menyebabkan kerosakkan pada komponen komputer seperti processor. Seelok-eloknya gunakanlah kipas atau penghawa dingin di persekitaran komputer anda.

Gambar yang diambil menggunakan kamera digital atau telefon bimbit akan menggunakan nama fail tersendiri sebagai pengenalan kepada sesuatu imej. Kebiasaannya imej akan diberi nama mengikut tarikh gambar diambil. Ia mungkin juga dimulakan dengan nama jenama kamera digital yang digunakan.Apabila terlalu banyak imej yang disimpan di dalam komputer, kadang kala ia menjadi kepayahan kepada kita untuk mendapatkan gambar yang kita kehendaki.Oleh kerana kemudahan pencarian hanya boleh mencari gambar mengikut nama fail, maka elok nama fail sesuatu imej ditukarkan kepada nama yang mewakili kandungan gambar imej terbabit.

Menamakan semula nama imej mengikut kandungan satu persatu akan mengambil masa dan remeh, namun kita sebenarnya boleh menamakan sekumpulan imej dengan nama yang sama secara serentak dengan lebih mudah.
Untuk menamakan semula imej dengan cara serentak, ikutilah langkah berikut:


Pilih imej yang hendak ditukarkan namanya. Ikuti langkah di bawah untuk memilih imej yang banyak dengan lebih mudah:
Jika imej berada di dalam satu folder, gunakan arahan Select All dengan menekan kekunci CTRL + A
Jika imej yang hendak dipilih berada di lokasi yang berturutan di dalam folder yang sama, klik imej yang pertama, tekan SHIFT dan kemudian klik imej yang terakhir, tanpa melepaskan kekunci SHIFT itu. Semua imej yang berada di antara susunan imej pertama dan terakhir akan dipilih secara automatik.
Jika anda ingin memilih imej yang tidak berada di dalam susunan pula, tekan kekunci CTRL dan seterusnya mengklik diatas imej pilihan, anda boleh terus meng klik diatas beberapa imej sekali gus tanpa melepaskan butang CTRL. Teknik ini akan memudahkan anda memilih imej yang berlainan susunan secara serentak.


Setelah imej dipilih anda boleh membuat perubahan nama imej serentak dengan menekan butang kanan tetikus dan memilih menu Rename. Dengan hanya menukarkan nama satu imej yang terdapat di dalam pilihan, kesemua nama fail yang telah dipilih akan ditukarkan secara automatik mengikut nama yang diberikan.


Untuk mengelakkan persamaan di dalam nama fail, nombor bersiri akan ditambah secara automatik pada penghujung setiap nama fail yang dipilih. Jika kamera digital atau telefon bimbit mempunyai kemudahan meletakan nama secara automatik, anda boleh juga menggunakan kemudahan itu yang mana, nama fail akan ditambah semasa gambar itu diambil.

Anda boleh mencipta bunyi amaran sebagai tanda anda telah mengaktifkan kekunci "CAPS LOCK". Untuk melakukan ini:

  1. Klik pada butang Start>Settings>Control Panel.
  2. Klik dua kali pada pilihan "Accessibility Options".
  3. Pada bahagian "Keyboard", tandakan kekotak "Use ToggleKeys".
  4. Klik pada bahagian "General".
  5. Di dalam pilihan "Automatic reset", buangkan tanda kekotak "Turn off accessibility features".
  6. Klik OK. Sekarang, apabila kekunci CAPS LOCK, NUM LOCK ataupun SCROLL LOCK diaktifkan, komputer akan memberi amaran dengan mengeluarkan bunyi beep. Komputer akan mengeluarkan nada bunyi yang agak rendah semasa kekunci dilepaskan. Mendengar nada bunyi beep yang agak tinggi akan membantu anda untuk berhenti daripada menaip kerana terdapat kesilapan.

Selamat mencuba!

Screensaver, tidak semata bersifat estetis sahaja namun disebalik itu, ia mempunyai fungsi lain, iaitu memanjangkan hayat monitor. Jika komputer kita sering digunakan oleh orang lain, berkemungkinan peminjam mengganti screensaver tersebut. Jangan biarkan hal ini terjadi.

TIPS KOMPUTER kali ini akan menyembunyikan tab screensaver pada Display Properties sehingga orang lain tidak boleh mengubah screensaver kita.
Langkah-langkah adalah seperti berikut.

  1. Klik Start > Run > kemudian taipkan gpedit.msc kemudian OK atau ENTER sehingga muncul Group Polici Editor.
  2. Klik User Configuraton > Adiministrative Templates > Control Panel > Display seperti gambar di bawah ini.
  3. Kemudian pada sebelah kanan, klik Hide Screensaver tab sehingga muncul Hide Screensaver tab Properties, seperti di bawah.
  4. Kemudian pilih option enabled kemudian klik OK atau Apply.
  5. Tutup Group Policy Editor.
  6. Tanpa log off dahulu, coba sekarang klik kanan pada area bebas di desktop kemudian pilih properties dan akan muncul Display Properties seperti di bawah ini.
  7. Cuba sekarang kita perhatikan bahawa tab screensaver sudah tidak kelihatan lagi. Dengan demikian orang lain tidak boleh mengubahSreensaver kita.
  8. Untuk memunculkan Screensaver semula, ulangi langkah-langkah seperti di atas, hanya ketika option, pilih Not Configurated.

TIPS & TRIK KOMPUTER pada minggu ini adalah trick bagi menyembunyikan folder pada dekstop komputer anda. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:-

  1. Klik kanan di area kosong pada DESKTOP kemudian pilih New Folder.
  2. Namakan folder tersebut dengan menekan tombol Alt pada keyboard bersamaan dengan angka 0160 pada Numeric Pad pada keyboard sebelah kanan. Langkah ini membuatkan nama folder menjadi kosong seperti gambar di bawah ini.
  3. Langkah berikutnya, pindahkan file/data Anda ke folder tersebut.
  4. Selanjutnya klik kanan folder tersebut kemudian pilih properties hingga muncul dialog box properties seperti gambar berikut.
  5. Pilih tab Customize klik Change Icon hingga muncul dialog box Change Icon For Folder seperti di bawah ini.
  6. Pilih Icon yang tidak bergambar atau kosong kemudian klik OK. Setelah Anda Klik OK maka folder tadi akan “hilang”. Dengan demikian orang lain tidak mengetahui di mana folder tersebut berada. Untuk dapat mengaksesnya, Anda harus membuat select pada area di mana kira-kira folder tersebut berada.
  7. Kemudian dengan menekan ENTER maka folder pribadi kita yang berisi data/file penting akan muncul, seperti gambar berikut.

TIPS & TRIK KOMPUTER pada minnggu ini adalah trick bagi menyingkatkan proses reboot / restart komputer anda. Reboot / restart selalunya digunakan untuk mengemaskini sistem komputer setelah sebuah perkakasan atau sesuatu software di simpan dalam komputer yang mana mempunyai arahan untuk restart.

Restart komputer kita dengan adanya arahan restart pada menu Shutdown (untuk os Windows). Cara untuk mempercepatkan proses reboot/restart ialah:- Pilih restart, kemudian sebelum menekan ok, tekan dan tahan (hold down) butang 'shift' sebelah kanan keyboard diikuti dengan butang 'ok'. Dengan cara ini, komputer akan mengabaikan detecting hardware dan konfigurasi sistem.
Ini amat menjimatkan masa reboot sekiranya terdapat banyak program / software dan hardware yeng hendak diinstall. Selamat Mencuba.

Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan Tips komputer. Pada kali ini kita akan berkongsi untuk menyelesaikan masaalah biasa dihadapi ketika melayari internet iaitu kemasukan iklan. Beberapa langkah pencegahan atau pengurangan kemasukan iklan boleh dilakukan termasuk:

  1. Mempastikan OS menggunakan patch terkini kerana program malware akan mengeksploitasi setiap kelemahannya;
  2. Jika menggunakan Internet Explorer, pastikan gunakan patch terkini. Anda boleh juga menggunakan browser alternatif seperti Mozilla Firefox (mozilla.com) atau Opera (opera.com); Sila rujuk Unit IT untuk keterangan lanjut.
  3. Baca kotak popup sebelum klik "OK". Ada juga iklan yang menyerupai kekotak dialog dari windows. Pastikan anda klik 'X' dan bukan "OK";
  4. Jika menggunakan Firefox, anda boleh dapatkan perluasan seperti "NoScript" untuk membenarkan penggunaan Javascript di laman-laman web tertentu yang anda percaya. Untuk mengelak iklan dari jenis flash pula, anda boleh dapatkan perluasan "Adblock";
  5. Jangan melayari laman web yang diragui, seperti porno, cracks, dan warez;
  6. Dapatkan program anti spyware seperti Spy Bot Search & Destroy, IE-SPYAD, Spyware Blaster dan Windows defender (masih dalam beta) untuk mengesan program yang diragui. Anda juga boleh menggunakan program berkenaan serentak tidak semua program boleh mengesan segala spyware dan malware;
  7. Browser terkini seperti Firefox, Internet Explorer dan Opera, kini mempunyai pilihan untuk menghalang pop-up. Aktifkan ciri itu.
  8. Jangan memasang program-program dari laman web yang diragui.

Sekian dan selamat mencuba.

Biasanya jika anda membuang fail ia akan tersimpan di dalam Recycle Bin. Jika anda mahu membuangnya terus,

  1. Klik fail terus dan bawa ke 'Recycle Bin' sambil menekan kekunci Shift.
  2. Atau tekan Shift dan Delete serentak setelah memilih fail yang hendak dibuang.

Sekian dan selamat mencuba.

Biasanya jika kita hendak menjalankan program ini kita akan buka melalui Start > Program > Accessories > System tools > Scandisk/Disk Defragmenter. Program ni selalunya akan memakan masa yang panjang. Jadi tips untuk mempercepatkan program ini, kita 'end task' program-program lain yg sedang berjalan semasa kita dalam 'environment' windows. Caranya begini.

  1. Tekan serentak CTRL + ALT + DEL.
  2. Apabila keluar satu paparan window 'close program', kita highlightkan program-program lain selain EXPLORER dan kita klik END TASK untuk menutup program tersebut. Buatlah satu persatu dengan cara CTRL + ALT + DEL (End Task) sehingga habis program tersebut KECUALI program EXPLORER sahaja yang tinggal.

Sesudah itu barulah kita mulakan program Scandisk atau pun Disk Defragmenter yang nak kita jalankan. Sekian dan selamat mencuba.

Tips pada kali ini adalah bagi membina "Toolbar" anda sendiri pada "Taskbar". Anda boleh menukarkan mana-mana "folder" kepada "toolbar". Hanya dengan sekali klik "folder" tersebut akan dijalankan. Untuk membina "toolbar" anda sendiri:

  1. "Right click" pada mana-mana ruangan kosong pada "taskbar".
  2. Klik pada "toolbar" dan pilih "new toolbar".
  3. Klik pada "folder" anda mahu jadikan sebagai "toolbar" dan klik "OK".

Setelah anda selesai membina "toolbar", anda boleh klik dan lepaskan ke mana-mana lokasi pada "desktop". Sekian dan selamat mencuba.

  1. Rahsiakan kata laluan (password).Gunakan kata laluan yang kukuh melalui gabungan nombor, huruf, tanda dan simbol (contoh: P4s$w0rd untuk password)
  2. Salin maklumat lengkap. Buat salinan dengan kerap dan simpan di tempat yang selamat. (contoh: simpan dalam cd, external harddisk, dan sebagainya)
  3. Gunakan perisian anti-virus yang sah. (elak menggunakan perisian cetak rompak atau versi crack).
  4. Encrypt maklumat terperingkat.
  5. Berwaspada apabila memuat turun (download) program atau fail dari internet.
  6. Jangan buka e-mel dari penghantar yang tidak dikenali.
  7. Jangan biarkan komputer anda berada atas talian (online) jika tidak digunakan.
  8. Shutdown komputer anda sebelum meninggalkan pejabat.