Arkib Berita

 LEMBAGA PELABUHAN JOHOR TERIMA KUNJUNGAN RASMI MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

 

18 APRIL 2019, PASIR GUDANG –Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menerima kunjungan rasmi daripada  YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia baru-baru ini dan juga merupakan kunjungan pertama beliau ke bangunan ibu pejabat LPJ. Kunjungan yang berlangsung selama  dua jam turut dihadiri oleh Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor iaitu YB Tuan Hj Mazlan Bin Bujang.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Razif Ahmad, Pengurus Besar LPJ dan turut hadir dalam perbincangan tersebut En. Marco Neelsen Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) serta Tuan Haji Shahrull Allam Shah Bin Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad (JPB).

Kunjungan Rasmi ini diakhiri dengan lawatan ke Johor Port Berhad untuk meninjau kawasan Pelabuhan Pasir Gudang.