Arkib Berita

 

 

PASIR GUDANG, 28 Januari – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) terus menjunjung komitmen bersih dan bebas rasuah menerusi lafaz Ikrar Bebas Rasuah (IBR) oleh warga LPJ bertempat di Dewan Nakhoda, Lembaga Pelabuhan Johor, Pasir Gudang, pagi ini.

Majlis melafazkan dan menandatangani IBR ini diketuai oleh Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar LPJ, disaksikan oleh Ybhg. Dato’ Haji Azmi bin Haji Alias, Pengarah SPRM Johor dan Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi LPJ & LPJ(TP).

Kehadiran seramai lebih kurang 100 orang pegawai LPJ ke program ini merupakan satu manifestasi kepada sokongan dan komitmen yang berterusan LPJ terhadap usaha-usaha SPRM untuk menjadikan Negara Malaysia bebas daripada belenggu jenayah rasuah. Inisiatif ini sekali gus memperlihatkan kesungguhan LPJ bagi memastikan pentadbirannya dilaksanakan dengan lebih telus serta bebas dari sebarang unsur rasuah.

Turut diadakan pada program ini ialah satu sesi ceramah yang bertajuk “Etika, Integriti dan Rasuah Berpisah Tiada yang telah disampaikan oleh Tuan Ahmad Razif bin Mohd Sidek , Setiausaha Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

IBR 1

IBR 2

IBR 3

IBR 4