Arkib Berita

PASIR GUDANG, 29 DISEMBER 2017 - Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) hari ini telah berjaya menandatangani Perjanjian Persefahaman antara LPJ dan PT Pelabuhan Indonesia 1 (PELINDO 1). Perjanjian ini dimeterai hasil daripada kunjungan hormat Ahli Lembaga Pengarah, LPJ ke Medan, Indonesia pada 5 Nov – 9 Nov 2017 yang lalu. Seramai 3 orang delegasi dari PELINDO 1 telah hadir di dalam majlis ini iaitu Mr Bambang Eka Cahyana, President Director of PT Pelabuhan Indonesia 1, Mr Sandhy Wijaya dan Mr Rizki Affandi Nasution. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim bin Ramli, Pengerusi LPJ & LPJTP, Ahli-Ahli Lembaga Pengarah LPJ & LPJTP, pegawai-pegawai Johor Port Berhad (JPB), pegawai-pegawai Pelabuhan Tg. Pelepas (PTP) dan pegawai-pegawai LPJ. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh En. Muhammad Razif bin Ahmad, Pengurus Besar LPJ bagi pihak LPJ dan Mr Bambang Eka Cahyana, President Director of PT Pelabuhan Indonesia 1 bagi pihak PELINDO 1. Majlis ini telah berjalan dengan jayanya sambil disaksikan oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim bin Ramli, Pengerusi LPJ & LPJTP.

Tujuan perjanjian ini ditandatangani adalah untuk mewujudkan satu hubungan kerjasama antara LPJ dan PELINDO 1 khususnya di dalam bidang berkaitan kajian pelabuhan, latihan, pertukaran maklumat, bantuan teknikal serta pembangunan lalu lintas dan promosi perkhidmatan yang boleh diberikan oleh JPB, PTP dan PELINDO 1.

Dengan termeterainya perjanjian ini, kedua-dua pihak berharap agar hasilnya dapat memenuhi kepentingan bersama dalam menyumbang kepada peningkatan hubungan kerjasama yang berterusan dan persefahaman antara pelabuhan di kedua-dua negara.

memo1

memo2

memo3

memo4