Arkib Berita

30 NOVEMBER 2017, PASIR GUDANG :-  Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menganjurkan satu program perpustakaan, khas untuk anak-anak warga kerja sempena cuti sekolah akhir tahun. Program ini adalah terbuka kepada anak-anak yang berumur 6 tahun hingga 12 tahun bertempat di Perpustakaan LPJ, Ibu Pejabat LPJ, Pasir Gudang dengan tujuan bagi mengimarahkan perpustakaan LPJ sekali gus memupuk kesedaran pentingnya membaca.

Program pada tahun ini merupakan pertandingan ‘Word Boggle’ dan ‘Word Search’ yang bertujuan untuk mengasah minda anak-anak untuk membina perkataan / ayat mengikut keupayaan dan pengetahuan masing-masing. Program ini dilaksanakan dalam 2 versi iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Lebih 52 orang kanak-kanak telah mengambil bahagian dalam pertandingan ini.

Pemenang yang berjaya telah membawa pulang hadiah berbentuk hamper barangan alat tulis dan baucar buku di samping hadiah sagu hati. Ternyata program seumpama ini mendapat sambutan dan mewujudkan semangat berani mencuba di kalangan anak-anak. Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Kamaruzaman Bin Hj. Munasir, Penolong Pengurus Besar, Operasi & Kawal Selia.

 

WhatsApp Image 2018 01 01 at 10.00.21

WhatsApp Image 2018 01 01 at 09.59.52

WhatsApp Image 2018 01 01 at 09.59.15

WhatsApp Image 2018 01 01 at 09.58.15