Arkib Berita

PASIR GUDANG, 5 November 2017 – Satu Majlis Perasmian Program Latihan Industri Pelabuhan telah diadakan di Wisma Kontena Johor Port Berhad yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin, Menteri Besar Johor. Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) juga telah turut serta di dalam majlis tersebut anjuran Johor Port Berhad (JPB) di mana suatu pertukaran perjanjian persefahaman di antara Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) yang diwakili oleh Encik Muhammad Razif Ahmad, Pengurus Besar LPJ dan JPB yang diwakili oleh Tuan Hj. Shahrull Alam Shah Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif JPB di hadapan Menteri Besar Johor. Pertukaran persefahaman ini merupakan jalinan kerjasama strategik Port Centre Of Excellence (PCOE) dan Johor Port Skills Centre (JPSC).

Melalui platform PCOE di bawah agenda LPJ, JPSC telah berjaya menerima perakuan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai Pusat Bertauliah (PB) dan merupakan PB yang pertama di Malaysia yang melaksanakan Program Sektor Maritim dalam NOSS (National Occupational Standard Skills) kod bidang Operasi Peralatan Kontena Pelabuhan.

Turut diadakan pada program itu adalah Pertukaran Perjanjian Latihan yand dimeterai diantara Johor Port Berhad dan Pelindo IV yang diwakili oleh Direktor Utama Pelindo IV, Doso Agung.

Turus hadir pada majlis itu, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor & Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas) Yang Berhormat Datuk Abd Rahim Bin Ramli, Ketua Pegawai Eksekutif MMC Port Holdings Sdn. Bhd, Ian James dan Jeneral Konsulat Indonesia, Encik Haris Nugroho.

IMG 1725

IMG 1751

IMG 1778