Arkib Berita

JOHOR BAHRU, 30 OKTOBER 2017 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada hari ini telah melaksanakan Minggu Pelabuhan Lembaga Pelabuhan Johor atau lebih dikenali sebagai LPJ Port Week 2017 yang dirasmikan oleh Yang Berusaha En Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengangkutan Malaysia di Double Tree by Hilton, Johor Bahru. Acara ini merupakan acara tahunan LPJ dan merupakan kali ke-4 dengan tema pada tahun ini ialah Promoting Johor As A Distribution Hub. Dalam ucapan yang disampaikan, En Mohd Khairul Adib telah memaklumkan bahawa kepentingan sistem komuniti di dalam pelabuhan di mana LPJ telah membangunkan dan melaksanakan sistem pelabuhan iaitu Port Traffic Management System (PTMS) dan eGateway.

Minggu Pelabuhan pada tahun ini berlangsung selama enam (6) hari bermula pada 28 Oktober hingga 2 November di mana Ports of Treasure Hunt dan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) di AEON Jusco, Permas Jaya sebagai pembuka tirai program ini. Port Week ini adalah acara tahunan yang dikelolakan oleh LPJ dengan kerjasama Johor Port Berhad (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn.Bhd (PTP).

Objektif Port Week ini adalah bertujuan untuk memperkenalkan dan mempromosikan pelabuhan-pelabuhan di Johor yang dikenali sebagai Malaysia’s Southern Gateways kepada masyarakat sekali gus mengetengahkan kemudahan serta perkhidmatan kepada pengguna pelabuhan. Agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Lembaga-Lembaga Pelabuhan juga turut bersama-sama menjayakan program ini dalam menyertai pameran dalam memperkenalkan kemudahan perkhidmatan mereka kepada awam. Tidak ketinggalan juga pameran berbentuk inovasi daripada sekolah-sekolah yang mempamerkan produk inovasi mereka. Sebanyak 30 pempamer terlibat dalam pameran HBP ini.

Selain itu, Port Week Conference 2017 yang berlangsung selama dua (2) hari iaitu bermula pada 30 hingga 31 Oktober merupakan salah satu inisiatif Port Center of Excellence (PCOE) LPJ di mana tema pada tahun ini ialah Promoting Johor As A Distribution Hub. Seramai 17 orang speaker jemputan dari dalam dan luar negara berkongsi pengalaman dan maklumat terkini kepada 250 orang peserta pada tahun ini.

Selain itu, LPJ turut mengadakan Bunkering Forum 2017 serta G2B Symposium pada 1 November di Double Tree by HIlton, Johor Bahru. Tidak ketinggalan juga Career Talk pada 2 November di UTM,Skudai dan Ceramah Perdana pada malam tersebut di Dewan Mawar, Pasir Gudang di mana penceramah popular iaitu Ustaz Syed Mohd Norhisyam Al-Idrus dijemput untuk menyampaikan ceramah beliau. Ceramah ini adalah terbuka kepada awam dan semua jemputan hadir ke majlis ini.

pw1

pw2

pw3

pw4

pw6

pw8

pw7