Arkib Berita

5 SEPTEMBER 2017, Kuala Lumpur - Pameran Hari Maritim Sedunia 2017 atau dikenali sebagai World Maritime Day 2017 (WMD 2017) yang bertemakan "Connecting Ships, Ports and People" telah berlangsung selama dua (2) hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Sambutan Hari Maritim Sedunia yang merupakan acara tahunan ini mendapat penglibatan dari Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dalam pameran bersama-sama dengan Johor Port Berhad (JPB), Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP) dan Pelabuhan Tanjung Langsat Sdn. Bhd. (TLP). Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Liow Tiong Lai, selaku Menteri Pengangkutan Malaysia sebelum mengadakan lawatan ke 45 booth pameran daripada pelbagai agensi dan jabatan di dalam industri maritim.

Program ini merupakan anjuran Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Laut Malaysia di mana Malaysia Shipowners’ Association (MASA) menjadi tuan rumah pada tahun ini. Pameran ini telah memberi fokus kepada International Maritime Organisation (IMO) Member States untuk menjana dan melaksanakan strategi utama maritim yang merangkumi keselamatan navigasi, menangani isu fasiliti pengangkutan maritim, meningkatkan kecekapan perlindungan kepada persekitaran dan keselamatan maritim. Lembaga Pelabuhan Johor juga turut menyertai persidangan yang telah diadakan sempena ‘World Maritime Day’ 2017 di lokasi sama.

FB IMG 1506842236756

FB IMG 1506842240860

FB IMG 1506842245026

FB IMG 1506842284820