Arkib Berita

9-10 Ogos 2017, Johor Bahru - Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menjadi tuan rumah sekali gus penganjur bagi Mesyuarat Teknikal Asean Ports Association (APA) Working Committee Kali Ke-38 yang telah diadakan di Hotel Double Tree By Hilton, Johor Bahru. Pada tahun ini, Malaysia telah dipilih menjadi tuan rumah bagi mesyuarat ini dengan penyertaan seramai 49 orang delegasi hadir yang terdiri daripada 8 buah negara Asean iaitu Filipina, Cambodia, Singapura, Thailand, Myanmar, Malaysia, Indonesia dan Vietnam. Perasmian program ini pada 9 Ogos telah dirasmikan oleh Encik Mohd Khairul Adib Bin Abd Rahman , Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Pengangkutan dan diiringi oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi LPJ & LPJTP.

Mesyuarat selama 2 hari ini adalah sebagai platform dalam membincangkan isu-isu dan berkongsi ‘best practices’ dalam meningkatkan lagi perkhidmatan pelabuhan serta membantu pelabuhan di rantau Asean untuk berdaya saing selaras dengan pelabuhan lain di dunia.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Pengurus Besar LPJ, En. Muhammad Razif Bin Ahmad. Delegasi Asean juga turut dibawa ke lawatan teknikal ke Pelabuhan Tanjung Pelepas pada 10 Ogos di sebelah pagi.

 

apaa1

apaa2

apaa3

apaa4