Arkib Berita

Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama Johor Port Berhad (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah menyertai Asean Ports & Shipping yang diadakan di Sule Shangri La Yangon, dari 5 Julai sehingga 7 Julai 2017. Penglibatan kali ini merupakan kolaborasi pelabuhan di Johor sebagai Malaysia’s Southern Gateways bagi menjalinkan hubungan bersama pengendali pelabuhan utama dan juga pihak berkuasa yang berkaitan di rantau Asia.

Objektif persidangan dan pameran tersebut adalah untuk mengetengahkan pelabuhan di Johor ke pasaran perkapalan dan memberi maklumat yang terbaik berkenaan pembangunan pelabuhan Johor di rantau Asia. JPB telah diperkenalkan untuk menjadi terminal pelbagai guna dan serba boleh dalam memenuhi keperluan pelabuhan. Selain itu, PTP pula merupakan hab penghantaran utama bagi peniagaan global.

Persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Encik Ni Aung, Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Myanmar. Juga turut hadir Encik Razif Bin Ahmad sebagai speaker jemputan bagi membentangkan topik “Incorporating Innovations in Port Operations: - What Ports in Johor have learned?”

Persidangan tersebut telah dihadiri kira-kira 350 orang wakil daripada agensi-agensi kerajaan luar negara, pengendali pelabuhan, pembekal dan perkhidmatan pelabuhan serta pengguna-pengguna pelabuhan. Selain daripada itu, terdapat 50 buah pameran dari luar negara dan juga penceramah yang telah memberi pandangan dan pencerahan ke atas pembangunan industri pelabuhan.

Acara tersebut merupakan platform yang amat baik bagi menerokai pertumbuhan industri pelabuhan di dalam Asia dan juga dapat menjalinkan hubungan dengan wakil dari negara luar agar mampu membawa perniagaan yang berpotensi ke dalam negara kita. Sewaktu majlis perasmian berlangsung, LPJ telah diumumkan sebagai tuan rumah bagi 16th Asean Ports & Shipping 2018 yang akan datang.

yangon1

yangon2

yangon3

yangon4