Arkib Berita

4 JUN 2017, PASIR GUDANG, JOHOR :-  Prihatin dengan nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) telah melaksanakan program “Ukhuwah Ramadhan” 2017. Program ini adalah bertujuan untuk membantu golongan asnaf ini membeli barangan kelengkapan hari raya sebagai persediaan menyambut 1 Syawal.

Seramai 39 orang murid yang merangkumi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Pasir Gudang yang berusia antara lingkungan 7 hingga 16 tahun telah menerima kelengkapan hari raya seperti baju Melayu/ kurung, kasut, songkok dan tudung. Matlamat program ini adalah untuk membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan Hari Raya Aidilfitri mereka dengan harapan agar dapat memberi peluang mereka merasai keseronokan dan kegembiraan seperti umat Islam yang lain. Selain daripada itu, program ini juga dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi dalam kehidupan di samping mengeratkan silatulrahim sesama insan.

csr1

csr4

csr3

csr2