Arkib Berita

Ship Emission Management System (SEMS)” merupakan salah satu inisiatif hijau pihak Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di dalam memantau jumlah pembebasan “emission” daripada setiap kapal yang beroperasi dalam had perairan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas. Sistem ini telah dibangunkan dengan usaha sama dengan pihak Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kajian pembangunan sistem ini telah dilaksanakan dari 01 April sehingga 31 Disember 2016, susulan daripada kajian “Ship Emissions Analysis” yang telah dilaksanakan di Johor Port (JP) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada tahun 2015. Tujuan utama perlaksanaan sistem ini adalah bagi mendapatkan anggaran jumlah emission (CO2, NOX, SOX, PM10 & PM2.5) yang di lepaskan oleh setiap kapal yang beroperasi di dalam kawasan pelabuhan. Perlaksanaan ini adalah selari dengan Polisi Pelabuhan Hijau LPJ dan pematuhan kepada keperluan MARPOL Annex VI berkaitan “Regulations for prevention of air pollution from ships”.

Sehubungan dengan itu, satu sesi latihan penggunaan “Ship Emission Management System (SEMS)” telah di adakan pada 31 Mei 2017 di Lembaga Pelabuhan Johor. Seramai 60 orang peserta daripada LPJ, operator pelabuhan dan agen perkapalan telah menghadiri latihan ini. Tujuan utama latihan ini adalah untuk memberikan pemahaman kepada pihak agen di dalam mengaplikasikan sistem ini di dalam mendapatkan data daripada kapal bagi tujuan pengiraan “emission”.

Perlaksanaan “Ship Emission Management System (SEMS)” akan berkuat kuasa pada 01 Julai 2017 melalui Notis Pelabuhan Bil 47/2017 bertarikh 16 Mei 2017. Oleh yang demikian, setiap kapal yang memasuki dan beroperasi dalam had perairan Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas perlu mengemukakan maklumat yang di perlukan oleh pihak LPJ, pilot dan agen perkapalan bagi pengiraan emission melalui sistem ini.

1

2

3

4