Arkib Berita

LPJ SERTAI 9TH PHILIPPINE PORTS & SHIPPING 2017 CONFERENCE & EXHIBITIONS

25 Februari 2017, MANILA – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menyertai pameran antarabangsa iaitu 9th Philippine Ports & Shipping, Conference & Exhibition di Manila baru-baru ini. Persidangan dan pameran yang dianjurkan oleh Transport Event Management telah dihadiri oleh kira- kira 350 orang delegasi yang hadir daripada pelbagai negara khususnya dari negara Asian. Sebanyak 50 buah gerai pameran telah disertai daripada pelbagai agensi, pengendali terminal serta syarikat perkhidmatan pelabuhan yang turut merancakkan lagi pameran.

Acara selama dua (2) hari ini iaitu bermula 23 hingga 24 Februari 2017 di Hotel Penisula, Makati, Manila ini dirasmikan oleh Encik Arthur P. Tugade, Setiausaha, Jabatan Pengangkutan, Filipina. Pameran ini turut disertai oleh Johor Port Berhad (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) di bawah platform Malaysia’s Southern Gateways. Penglibatan bersama ini adalah sebagai usaha mempromosikan pelabuhan di Johor selain menjalin hubungan dengan pihak terminal operator serta agensi kerajaan di peringkat ASEAN.

LPJ juga turut serta ke tiga (3) buah lokasi lawatan teknikal yang telah diatur oleh pihak penganjur ke Manila North Harbour Port, Manila International Container Terminal dan Asian Terminals pada hari sebelumnya.

9thphiliphine