Arkib Berita

21 MAC 2017, LANGKAWILembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di bawah platform ‘Malaysia’s Southern Gateways’ telah menyertai Pameran Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi 2017 (LIMA’17) edisi ke-14 yang berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resorts World pada 21 hingga 25 Mac 2017. LIMA’17 telah disertai oleh lebih 550 pempamer dari 38 buah negara dan seramai 140,000 orang pengunjung. Majlis perasmian LIMA’17 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak pada 21 Mac 2017.

Penyertaan LPJ adalah di bawah Pavilion Maritim Kementerian Pengangkutan Malaysia di mana objektif penyertaan ini adalah untuk memberi pendedahan tentang fungsi dan tanggungjawab LPJ sebagai badan kawal selia di samping mempromosi kedua-dua pelabuhan utama di Wilayah Iskandar iaitu Pelabuhan Johor, Pasir Gudang (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

Secara umumnya penganjuran LIMA’17 telah membuka laluan efektif terhadap pertumbuhan pasaran maritim dan aeroangkasa sehingga menjadi antara yang terbesar di dunia. Pameran maritim ini juga berupaya menjadi platform bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau.

lima1

lima2

lima3

lima4