Arkib Berita

LAWATAN TEKNIKAL PENGERUSI LPJ & LPJTP KE PELABUHAN JOHOR PASIR GUDANG DAN PELABUHAN TG. PELEPAS

 

3 JULAI 2019, PASIR GUDANG – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) & Lembaga Pelabuhan Johor Tanjung Pelepas (LPJTP), Tuan Haji Rosnan Bin Fathlal telah membuat lawatan ke Pelabuhan Johor, Pasir Gudang. Dalam lawatan ini, beliau telah menerima taklimat pelabuhan yang telah disampaikan oleh Tuan Hj. Shahrull Allam Shah Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif, JPB.  Turut hadir adalah Encik Kamaruzaman Munasir, Penolong Pengurus Besar Bahagian Operasi & Kawal Selia, Encik Ahmad Salhin Mustapa Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Korporat & Pembangunan serta Encik Norazlin Yusop, Penolong Pengurus Besar Bahagian Khidmat Pengurusan & Kewangan LPJ. Sebelum ini, pada 27 Jun 2019, Tuan Pengerusi juga telah membuat lawatan teknikal ke Pelabuhan Tanjung Pelepas. Objektif kedua-dua lawatan ini adalah untuk mengetahui perihal pelabuhan dengan lebih dekat lagi.

 

LPJ CARES - PROGRAM MOTIVASI & TEKNIK MENJAWAB SOALAN SPM 2019

 

6 JULAI 2019, PASIR GUDANG – Lebih daripada 160 orang peserta yang terdiri daripada lima buah sekolah menengah terlibat dalam Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan SPM 2019 yang bertempat di Dewan Nakhoda, Ibu Pejabat Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) di Pasir Gudang.

Para peserta adalah terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang 1, SMK Pasir Gudang 2, SMK Kota Puteri 2, SMK Pasir Putih dan SMK Nusa Damai yang merupakan lima buah sekolah angkat LPJ di bawah program LPJ Cares 2019. Program ini merupakan antara program tanggungjawab sosial korporat LPJ dalam membantu para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan penting agar kekal positif dan mampu mencapai kecemerlangan dalam Sijil Pelajaran Malaysia.

Program yang bermula seawal jam 8.45 pagi itu didahului dengan slot motivasi dan teknik belajar yang dikendalikan oleh Syarikat Syed Faizal Training & Consultant. Pelbagai kemahiran belajar yang didedahkan kepada para peserta seperti menetapkan matlamat dan teknik memori yang mudah dan menyeronokkan. Pada sebelah petang pula, slot maklumat dan peluang kerjaya di pelabuhan yang disampaikan oleh Encik Fadzly Izzat Shariff, Pengurus Sumber Manusia, Johor Port Berhad.

Majlis penutup Program Motivasi & Teknik Menjawab Soalan SPM 2019 telah diadakan pada sebelah petang dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta program. Pihak LPJ mengucapkan tahniah kepada peserta yang berjaya menghadiri program tersebut dan berharap program sebegini dapat membantu melonjakkan prestasi dan menaikkan jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2019 kelak.

 

LPJ RAI DAN KONGSI KECERIAAN AIDILFITRI BERSAMA GOLONGAN ASNAF

 

17 MEI 2019, PASIR GUDANG – Bersempena dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tiba, Lembaga Pelabuhan Johor (“LPJ”) telah meraikan anak-anak asnaf sekitar Pasir Gudang dengan membeli kelengkapan hari raya. Program “Jalinan Kasih Ramadan 2019” ini merupakan program tahunan yang menumpukan bantuan terhadap golongan tersebut untuk menyambut hari lebaran kelak.

Sebanyak 70 orang anak-anak daripada 21 keluarga asnaf telah terlibat membeli-belah di Pasaraya Mydin Taman Rinting dan mereka berpeluang untuk memilih dan membeli pakaian serta kelengkapan yang diinginkan.

Sempena Ramadan, anak-anak asnaf ini juga turut diraikan dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di Tanjung Puteri Golf Resort pada hari yang sama. Mereka turut menerima duit raya sebanyak RM50 seorang, yang telah disampaikan oleh Tuan Hj. Rosnan bin Fathlal, Pengerusi LPJ dan LPJTP.

Melalui program tanggungjawab sosial korporat ini, LPJ sentiasa mengambil berat terhadap golongan yang kurang berkemampuan dan berharap dengan bantuan yang dihulurkan sedikit sebanyak dapat menceriakan mereka di bulan Syawal nanti.

 

PROGRAM CSR BUBUR LAMBUK PERDANA 2019 ANJURAN LEMBAGA PELABUHAN JOHOR DAN JOHOR PORT BERHAD

 

16 MEI 2019, PASIR GUDANG – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama-sama Johor Port Berhad (JPB) telah berkolaborasi dalam menganjurkan program memasak bubur lambuk sempena bulan Ramadan 1440H/2019M. Program yang dilaksanakan di pejabat LPJ ini telah  melibatkan seramai 60 orang sukarelawan dari pihak LPJ dan JPB.

Sebanyak 1000 bungkus bubur lambuk telah diedarkan kepada empat buah lokasi di sekitar Pasir Gudang. Acara memasak bubur lambuk dimulakan pada jam 8.00 pagi sehingga jam 12.30 tengah hari dan telah berakhir dengan pengagihan bubur lambuk pada pukul 4.00 petang. Program ini merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat LPJ dan JPB terhadap masyarakat setempat sekitar Pasir Gudang selain mengeratkan lagi ukhuwah antara warga LPJ dan JPB.

Turut hadir dalam program ini bagi pihak LPJ adalah Tuan Hj. Rosnan bin Fathlal, Pengerusi LPJ & LPJTP, YB Dato' Haji Che Zakaria Bin Mohd Salleh, Ahli Lembaga Pengarah LPJ, Encik Kamaruzaman Munasir, Penolong Pengurus Besar Bahagian Operasi & Kawal Selia, Encik Ahmad Salhin Mustapa, Penolong Pengurus Besar Bahagian Korporat & Pembangunan dan Encik Norazlin Yusop, Penolong Pengurus Besar Bahagian Pengurusan & Kewangan. Manakala bagi pihak JPB yang turut hadir ialah Encik Hermee Tahir, Ketua Sumber Manusia & Pentadbiran, Encik Mokri Sabran, Pengurus Besar Zon Bebas & Perhubungan Kerajaan serta Puan Rahimah Rahmat, Penolong Pengurus Besar, Perancangan Korporat & Pengurusan Risiko.

 

 

 LEMBAGA PELABUHAN JOHOR TERIMA KUNJUNGAN RASMI MENTERI PENGANGKUTAN MALAYSIA

 

18 APRIL 2019, PASIR GUDANG –Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menerima kunjungan rasmi daripada  YB Loke Siew Fook, Menteri Pengangkutan Malaysia baru-baru ini dan juga merupakan kunjungan pertama beliau ke bangunan ibu pejabat LPJ. Kunjungan yang berlangsung selama  dua jam turut dihadiri oleh Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan Pengangkutan Negeri Johor iaitu YB Tuan Hj Mazlan Bin Bujang.

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Muhammad Razif Ahmad, Pengurus Besar LPJ dan turut hadir dalam perbincangan tersebut En. Marco Neelsen Ketua Pegawai Eksekutif Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) serta Tuan Haji Shahrull Allam Shah Bin Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Port Berhad (JPB).

Kunjungan Rasmi ini diakhiri dengan lawatan ke Johor Port Berhad untuk meninjau kawasan Pelabuhan Pasir Gudang.

 

LOGO LPJ

 

 

27 APRIL 2019, PASIR GUDANG – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah menganjurkan program Teknik Menjawab Soalan UPSR di Dewan Nakhoda, Ibu Pejabat LPJ, Pasir Gudang. Program ini merupakan antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) LPJ dan PTP kepada sekolah dan pelajar-pelajar di sekitar Gelang Patah.

Dalam program ini sebanyak empat subjek telah diberi penekanan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Kesemua mata pelajaran tersebut telah dibimbing oleh empat tenaga pengajar yang berpengalaman dan pakar dalam subjek masing-masing. Sebanyak 13 buah sekolah rendah dengan jumlah penyertaan seramai 130 orang pelajar telah terpilih untuk mengikuti program ini dan turut disertai 10 orang anak-anak warga LPJ yang akan mengambil peperiksaan UPSR kelak.

Dengan adanya program ini, para pelajar didedahkan dengan bentuk-bentuk soalan sebenar dan  kaedah yang terbaik untuk menjawab soalan-soalan UPSR dengan jayanya.

 

LOGO LPJ

 

 

Shanghai, 20 Mac 2019 2019 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menyertai Pameran Antarabangsa Breakbulk Asia 2019 yang telah diadakan pada 20-21 Mac 2019 bertempat di Shanghai World Expo Exhibition & Convention Center (SWEECC), Shanghai China. Acara ini telah di anjurkan oleh Global Events Partners and Breakbulk Asia.

Pameran tersebut turut disertai pihak Johor Port Berhad (JPB) dengan objektif mempromosi dan memasarkan Pelabuhan Pasir Gudang di bawah platform Malaysia’s Southern Gateway. Tapak pameran LPJ telah menerima kunjungan pelawat daripada pelbagai syarikat perkapalan dan syarikat perkhidmatan pengiriman kargo khususnya dari daerah negara Cina.

Lebih daripada 5000 orang pelawat daripada pelbagai negara telah berkunjung ke pameran ini, antaranya ialah pelawat-pelawat dari Amerika Syarikat, Singapura, Korea Selatan, Jerman, Belanda, Hong kong, Mesir dan Pakistan. Pameran yang dianjurkan oleh Global Events ini telah menarik sebanyak 121 pempamer dari agensi dan syarikat antarabangsa yang terdiri daripada sektor utama seperti pengangkutan kargo, pengangkutan laut, pengangkutan kargo udara, pelabuhan, terminal dan lain-lain.

Majlis pembukaan Breakbulk Asia 2019 telah berlangsung pada 20 Mac 2019 yang disempurnakan oleh Encik Wei Zhuang iaitu Pengurus Wilayah, Asia, BIMCO. Acara penutup persidangan Breakbulk Asia 2019 telah di sempurnakan oleh Encik Jeremy Wang iaitu Ketua pengarang, Beyond Shipping.

LOGO LPJ

 

13 APRIL 2019, PASIR GUDANG – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah menganjurkan program Motivasi Pelajar UPSR & SPM 2019 di Dewan Nakhoda, Ibu Pejabat LPJ, Pasir Gudang. Program ini merupakan antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) LPJ dan PTP kepada sekolah dan pelajar-pelajar di sekitar Gelang Patah.

Objektif program ini adalah untuk memberi suntikan semangat dan meningkatkan motivasi kepada pelajar dalam persediaan menghadapi peperiksaan UPSR dan SPM pada tahun ini. Selain itu, program ini juga menerapkan nilai-nilai murni dalam membentuk sahsiah dan keperibadian yang baik di dalam diri pelajar. Penceramah jemputan kali ini adalah  Dr.  H.M Tuah Iskandar, pakar motivasi.

Sebanyak 11 buah sekolah rendah dan 4 buah sekolah menengah dari Gelang Patah dengan jumlah penyertaan seramai 150 orang pelajar telah terpilih untuk mengikuti program motivasi ini. Seramai 14 orang anak-anak warga LPJ yang akan mengambil peperiksaan UPSR dan SPM juga turut bersama-sama menyertai program ini.

Majlis Penutup Program Motivasi ini telah dirasmikan oleh Encik Mohamed Ali b. Mohd Yunos Penolong PPD Pasir Gudang Bahagian Kaunseling & Kerjaya. Majlis ini juga dihadiri oleh Pn.Rafidah Mohd Ali, Pengurus Kanan Khidmat Korporat, En. Shamsul Hamraz b. Zaharuddin, Penolong PPD Johor Bahru Bahagian Kaunseling & Kerjaya dan En. Mohammed Hazaluddin Bin Hashim, Ketua Divisyen Kesihatan, Keselamatan, Sekuriti Dan Alam Sekitar, Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd.

 

 

LOGO LPJ 

 

11 APRIL 2019, TG. PELEPAS -  Hutan paya bakau amat penting dalam mengimbangi ekosistem kehidupan  dan turut menyumbang kepada perlindungan pantai daripada hakisan ombak serta melindungi persekitaran daripada perubahan cuaca yang melampau. Menyedari hakikat ini Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dengan kerjasama pihak Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dan Kelab Alami Enterprise telah menganjurkan Program Penanaman Pokok Bakau di kawasan pesisir Tanjung Adang, Gelang Patah.

Kira-kira 100 orang sukarelawan yang terdiri daripada warga LPJ, PTP, Kelab Alami, dan pelajar Netherlands Maritime Institute of Technology (NMIT) telah berjaya menanam 600 pokok bakau jenis Rhizophora di kawasan pesisir Tanjung Adang, Gelang Patah.

Majlis pelancaran telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato’ Abd Rahim Ramli, Pengerusi LPJ. Turut hadir dalam majlis ini adalah Encik Muhammad Razif bin Ahmad, Pengurus Besar LPJ, Dr. Serina Rahman, Pengasas Besama Kelab Alami, Encik Marco Neelsen, Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Pengurusan Kanan LPJ, PTP, Jabatan Perhutanan Negeri Johor , Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri serta Encik Mohd Ramzan bin Johari, Ketua Kg.Tg. Adang.

LPJ melalui LPJ CARES di bawah teras Environment akan sentiasa menyokong aktiviti pemeliharaan alam sekitar dalam menjamin kesinambungan kehidupan semulajadi dan ekosistem terutama di kawasan persekitaran pelabuhan.

 

LOGO LPJ

 

25 – 30 Mac 2019, Langkawi - Pameran Maritim Dan Aeroangkasa Langkawi 2019 (LIMA’19) edisi ke-15 telah berlangsung di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) dan Resorts World pada 25 hingga 30 Mac 2019. LIMA’19  menjadi tuan rumah deligasi perniagaan dari 31 negara dan 390 syarikat pertahanan dan komersial dengan 195 perniagaan antarabangsa mempamerkan produk dan perkhidmatan mereka sepanjang lima hari pameran. Majlis perasmian LIMA’19 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada 26 Mac 2019.

Di bawah platform ‘Malaysia’s Southern Gateways’, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ), sebagai sebuah badan kawal selia telah bergabung dengan dua buah pelabuhan utama di Wilayah Iskandar iaitu Johor Port Berhad (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).  Gabungan LPJ, JPB dan PTP ini telah menyertai pameran di bawah Pavilion Maritim Kementerian Pengangkutan Malaysia di Mahsuri International Exhibition Centre, Langkawi.

Objektif penglibatan LPJ dalam program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang fungsi dan tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Johor sebagai badan kawal selia disamping mempromosi kedua-dua pelabuhan utama di wilayah selatan iaitu Pelabuhan Pasir Gudang dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Pada pameran LIMA’19, pihak LPJ turut memaparkan 2 jenis sistem iaitu Vessel Traffic Management System (VTMS) dan Port Traffic Management System (PTMS) yang diaplikasi pada masa kini dan dikendalikan oleh Unit Trafik dan Unit VTMS.

Secara umumnya penganjuran LIMA telah membuka laluan efektif terhadap pertumbuhan pasaran maritim dan aeroangkasa sehingga menjadi antara yang terbesar di dunia. Pameran maritim ini juga berupaya menjadi platform bagi mengukuhkan kerjasama pertahanan dan keselamatan serantau.