Arkib Berita

14 JULAI 2016, BANGKOK – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menyertai pameran selama dua (2) hari bersempena dengan 14th ASEAN Ports & Shipping yang bertempat di The Landmark Bangkok, Thailand. Persidangan kali ini adalah anjuran bersama Port Authority of Thailand dan Transport Events Management (TEM).

Pameran tersebut telah disertai dengan kerjasama pihak Johor Port Berhad (JPB) dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Tema pameran LPJ kali ini adalah “Malaysia’s Southern Gateways” dengan objektif untuk mempromosi dan memasarkan perkhidmatan dua (2) pelabuhan utama di Johor.

Dianggarkan lebih 47 buah agensi dan syarikat antarabangsa dari pelbagai negara telah menyertai pameran ini selain lebih daripada 300 delegasi mengikuti persidangan yang dianjurkan serentak dalam program tersebut.

Tambahan itu, Encik Muhammad Razif, Pengurus Besar LPJ juga turut dijemput sebagai salah seorang speaker dalam membentangkan slaid yang bertajuk Malaysia: Innovation in Port Operations dalam sesi kedua persidangan tersebut.

Program tersebut telah dirasmikan oleh Encik Arkhom Termpittayapaisith, Menteri Pengangkutan Thailand.

pameran3

pameran1

pameran2