Arkib Berita

WSHOP

Jabatan Laut Malaysia (JLM) dengan kerjasama Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) menganjurkan bengkel tersebut bermula 16 Mei hingga 18 Mei 2016 di Hotel KSL Resort Johor Bahru. Ia adalah sebahagian daripada projek oleh JLM dengan kerjasama International Maritime Organisation (IMO) di bawah inisiatif Global Maritime Energy Efficiency Partnerships (GLOMEEP). Ia juga mendapat kerjasama dan bantuan teknikal daripada Global Environment Facility (GEF) serta United Nation Development Programme (UNDP).

Malaysia selaku salah sebuah Lead Pilot Countries (LPC) di bawah GLOMEEP sedang merancang ke arah sistem pengangkutan maritim yang menggunakan tenaga yang efisien serta mengurangkan kesan gas karbon kepada alam sekitar. Usaha ini merupakan sebahagian pematuhan ke atas MARPOL ANNEX VI – Prevention of Air Pollution from Ship dan ia seiring dengan hasrat LPJ sebagaimana yang digariskan di dalam Polisi Pelabuhan Hijau yang telah digubal.

Bengkel ini dihadiri oleh kakitangan daripada Lembaga-lembaga Pelabuhan Persekutuan, Jabatan Laut Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Maritime Institute of Malaysia (MIMA), Center of Environment Technology & Development Malaysia (CETDEM) dan Malaysia Shipowner Association (MASA). Penganjuran bengkel ini juga merupakan sebahagian daripada program di bawah Port Center Of Excellence (PCOE).