Arkib Berita

Green Accord Initiative Award (GAIA)

Green Accord Initiative Award (GAIA) merupakan sebuah anugerah yang diperkenalkan oleh Iskandar Malaysia bagi bangunan mampan dan bangunan hijau.  GAIA juga merupakan inisiatif baharu yang mengiktiraf organisasi-organisasi perniagaan di Iskandar Malaysia yang telah menyumbang kepada penggunaan rekabentuk, perancangan, retrofitting dan operasi mampan dalam pembangunan alam sekeliling.

Program ini terbuka kepada semua bangunan yang telah diduduki sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh pengeluaran CCC dan CFO dan di dalam lokasi Iskandar Malaysia.
    
Projek yang layak dicalonkan hendaklah telah dinilai oleh salah satu badan piawaian antarabangsa seperti Green Building Index (GBI), Comprehensive Assessment System for Built Environment Efficiency (CASBEE), Green Mark, Green Start atau sijil yang setaraf.  Untuk bangunan LPJ ianya telah dinilai oleh Penarafan Hijau JKR.

Sebagai calon perintis program ini, LPJ telah menerima anugerah sebagai peserta GAIA pada 22 November 2016 di Hotel Double Tree, Johor Bahru yang disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Johor, YB Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat.

gaia1

gaia2

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor: Back To School

1 DISEMBER 2016, JOHOR BAHRU :-  Prihatin dengan nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) telah melaksanakan program “Kembali Ke Sekolah” atau Back to School. Program ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar ini membeli barangan kelengkapan persekolahan sebagai persediaan untuk memasuki sekolah pada tahun 2017.


Seramai 53 orang murid yang merangkumi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Pasir Gudang yang berusia antara lingkungan 7 hingga 16 tahun telah menerima kelengkapan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah,kasut, beg dan alat tulis. Matlamat program ini adalah untuk membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka dengan harapan agar dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi dalam kehidupan khususnya pelajaran mereka.


Selain itu, program ini juga dapat menceriakan dan memberikan keriangan kepada anak-anak terbabit untuk memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun hadapan.

pic 1

pic 2

pic 3

pic 4

PAGEMA – TLP Terminal Drill 2016

Pada 3 November 2016, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menyertai latihan kecemasan iaitu Pasir Gudang Bantuan Kecemasan Bersama (PAGEMA) yang merupakan latihan kecemasan bersepadu berskala besar yang diadakan di Terminal Pelabuhan Tanjung Langsat (TLP). Program latihan kecemasan memasuki siri ke-16 itu bertujuan memberi pendedahan keselamatan kepada 261 orang peserta Pasukan Tindak Balas Kecemasan (ERT) TLP Terminal Sdn Bhd termasuk agensi berkaitan, sekali gus meningkatkan persediaan menghadapi pelbagai bencana. Latihan itu bagi menguji persediaan peserta ERT, pihak pengurusan dan anggota pekerjanya dalam usaha menghadapi kecemasan, selain menilai kebolehan serta tindak balas menyelamat.


Program ini secara tidak langsung dapat meningkatkan strategi bagi menangani kecemasan di pelabuhan dan koordinasi berkesan dengan agensi kerajaan berkenaan. Antara aspek penting yang turut diambil kira menerusi latihan ini adalah  membabitkan proses ukuran masa tindakan diambil agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Laut Malaysia, Agensi Penguat kuasa Maritim Malaysia (APMM) dan LPJ serta hospital.. Majlis perasmian program PAGEMA TLP Terminal Drill disempurnakan Pegawai Daerah Johor Bahru, Mohd Halim Hasbullah. Yang turut hadir, Pengerusi PAGEMA, Hasrin Kamal Hashim dan Ketua Pegawai Operasi Terminal TLP, Abdul Rahim Omar. Pada majlis itu, lima simulasi latihan kecemasan diadakan termasuk senario ancaman kapal dan kawasan pelabuhan; tumpahan minyak di laut serta kapal; kebakaran selain mencari dan menyelamat kru kapal di atas kapal serta laut.


PAGEMA ditubuhkan LPJ pada tahun 1998 bertujuan menyelaras dan menyediakan perancangan bagi persiapan menghadapi bencana. Jawatankuasanya membabitkan agensi kerajaan dan pengendali kargo di kawasan perindustrian Pasir Gudang. LPJ selaku Marine Terminal Security Officer (MTSO) memainkan peranan utama dalam menangani situasi sekiranya berlaku ancaman di bawah ISPS Code di semua kemudahan Pelabuhan didalam Had Perairan LPJ. Selain itu, LPJ juga memainkan peranan sebagai “Sea Commander” untuk PAGEMA.

pagema1

pagema2

pagema3

Lawatan Ke Penjara Melaka 2016

Unit Integriti telah mengadakan lawatan ke Muzium Penjara Melaka pada 10 November 2016. Seramai 33 orang pegawai terlibat dengan lawatan tersebut yang diketuai oleh Pegawai Integriti LPJ, Encik Farid suhaimi bin Mohd Sikon.

Objektif utama program lawatan ialah memberi peluang dan gambaran kepada peserta-peserta untuk melihat dengan lebih dekat dan merasai sendiri corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara, seterusnya dapat memberi kesedaran dan mewujudkan keinsafan dalam diri setiap peserta dalam menjalani kehidupan yang lebih bermoral dan berintegriti.

Lawatan ke Muzium Penjara bermula pada jam 4.00 petang. Program dimulakan dengan taklimat yang disampaikan oleh pegawai penjara mengenai latar belakang dan sejarah penubuhan penjara. Seterusnya peserta dibawa meninjau ke ruang pameran kraf atau kerja yang dihasilkan sendiri oleh banduan-banduan mengikut kemahiran dan kepakaran masing-masing. Kemudian, peserta di bawa meninjau dari satu sel ke satu sel hinggalah ke  dan sel banduan akhir yang menempatkan banduan yang akan dikenakan hukuman gantung. Di sini, peserta diberi taklimat berkenaan proses hukuman gantung yang dikenakan ke atas pesalah/banduan serta peralatan-peralatan yang digunakan untuk tujuan tersebut.

Peserta juga diberikan peneranan berkenaan hukuman sebatan rotan yang dikenakan ke atas banduan mengikut jenis kesalahan dan hukuman yang dijatuhkan ke atasnya. Demonstrasi hukuman sebatan rotan juga dipertontonkan kepada peserta sekali gus memberi keinsafan kepada semua peserta.

Seterusnya, peserta dibawa melawat ke galeri pameran lukisan dan hasil seni kreatif banduan. Pelbagai karya seni telah diilhamkan oleh banduan-banduan tersebut seperti sajak, cerpen, lukisan, tulisan khat, mural dan sebagainya.

Di hujung lawatan, Pegawai Penjara, Tuan Mohamad telah memberi sedikit ucapan dan kata-kata nasihat kepada semua peserta sebelum program berakhir pada jam 6.00 petang.

111penjara

111penjara2

                Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman LPJ – MGTC

Satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) di antara pihak Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan Malaysian Green Technology Corporation (MGTC) telah diadakan pada 6 Oktober 2016 bertempat di Pocket Talk, Hall 1, Kuala Lumpur Convention Center (KLCC). Usaha sama ini adalah bagi menjalankan “Sustainable Project 2016-2017” bagi meningkatkan rating Penarafan Hijau (PH) JKR bangunan LPJ daripada taraf 3 ke 5 bintang. Projek ini merujuk kepada Polisi Pelabuhan Hijau LPJ 2014-2020, di bawah program mempromosi kemampanan dengan menggunakan inisiatif teknologi hijau dan tatacara amalan yang terbaik bagi mengurangkan kesan kepada alam sekitar. Selain itu, ia juga berlandaskan kepada Teras Strategik ke-6 Rancangan Malaysia ke-11, di mana kerajaan telah menetapkan sasaran 20% Perolehan Hijau Kerajaan menjelang tahun 2020 bagi merealisasikan agenda pembangunan hijau dan matlamat penghasilan serta penggunaan mampan (Sustainable Consumption and Production atau SCP).

Di antara komponen projek yang akan di laksanakan bagi tahun 2016-2017 di bawah usaha sama ini adalah seperti berikut:

1)    Pelaksanaan audit tenaga untuk bangunan LPJ (sifar kos di bawah geran SEDA) (2016);

2)    Pelaksanaan Polisi Perolehan Hijau LPJ bagi melengkapkan dan memantapkan lagi Buku Polisi Pelabuhan Hijau LPJ dari segi objektif ke arah operasi dan pembangunan pelabuhan yang lebih mampan di Malaysia (2016);

3)   Program penukaran lampu florescent (sedia ada) kepada lampu LED. (2017

 

memorandum1

memorandum2

 

1)    Pelaksanaan audit tenaga untuk bangunan LPJ (sifar kos di bawah geran SEDA) (2016);

2)    Pelaksanaan Polisi Perolehan Hijau LPJ bagi melengkapkan dan memantapkan lagi Buku Polisi Pelabuhan Hijau LPJ dari segi objektif ke arah operasi dan pembangunan pelabuhan yang lebih mampan di Malaysia (2016);

3)   Program penukaran lampu florescent (sedia ada) kepada lampu LED. (2017).

Perasmian Minggu Pelabuhan 2016, Lembaga Pelabuhan Johor

JOHOR BAHRU , 17 OKTOBER 2015 – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) pada hari ini melaksanakan Minggu Pelabuhan atau dikenali sebagai Port Week 2016 yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli, Pengerusi Lembaga Pelabuhan Johor dan Lembaga Pelabuhan Johor (Tanjung Pelepas) di Pusat Konvensyen Persada Johor. Program ini merupakan acara tahunan LPJ dan pada tahun ini merupakan tahun ketiga program Port Week ini dilaksanakan. Port Week ini berlangsung selama enam (6) hari bermula pada 15 Oktober hingga 20 Oktober di mana Ports of Treasure Hunt dan Hari Bertemu Pelanggan (HBP) agensi – agensi kerajaan di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) telah diadakan di AEON Permas Jaya sebagai pembuka tirai program ini.

Pada 17 hingga 18 Oktober merupakan Port Week 2016 Conference di mana pada tahun ini bertemakan Logistics: Innovation in Challenging Times. Seramai 250 orang peserta seminar telah hadir dengan 13 orang speaker jemputan bagi menjayakan seminar di bawah Port Centre Of Excellence (PCOE) ini. Seminar pada kali ini juga turut mengadakan Port Tour ke Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada hari kedua seminar pada sebelah petang dan pada masa yang sama juga satu bengkel DG Awareness dianjurkan kepada pengguna-pengguna pelabuhan.

PortWeek1

PortWeek2

PortWeek3

PortWeek4

Majlis Menandatangani Perjanjian VTMS Pelabuhan Pasir Gudang

Satu majlis menandatangani perjanjian projek VTMS Pelabuhan Pasir Gudang diantara Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dan syarikat kontraktor yang dilantik iaitu Greenfinder Sdn Bhd telah diadakan di lobi bangunan Ibu Pejabat LPJ pada 17 Ogos 2016 yang lalu. Majlis yang ringkas tersebut telah membuka tirai dengan tayangan video berkaitan sistem pengurusan trafik kapal dan disusuli dengan upacara menandatangani perjanjian yang telah disempurnakan oleh kedua-kedua pihak iaitu Pengerusi LPJ, Yang Berhormat Dato’ Abdul Rahim Bin Ramli dan Pengurus Besar LPJ, Encik Muhammad Razif Bin Ahmad dan bagi syarikat Greenfinder Sdn Bhd pula dokumen perjanjian telah ditandatangani oleh Pengarah Urusan syarikat iaitu Encik Zulkifly Bin Ariffin dan Pengarah Teknikal, Encik Ezmil Bin Sahrani. Upacara menandatangani perjanjian ini juga telah disaksikan oleh wakil daripada pihak Johor Port berhad (JPB), Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd (PTP) , Ketua-ketua bahagian LPJ dan beberapa orang wakil agensi dan pengguna pelabuhan.

SIGN1

Projek yang bertajuk ‘TO DESIGN, SUPPLY, INSTALL, TESTING AND COMMISIONING VESSEL TRAFFIC MANAGEMENT AND INFORMATION SYSTEM (VTMIS) CONTROL CENTERS FOR PASIR GUDANG PORT’ ini mengambil tempoh 64 minggu untuk dibangunkan dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 24 Julai 2017. Tujuan pembangunan VTMS ini adalah bagi menjamin keselamatan pelayaran di perairan Pelabuhan Pasir Gudang dengan membantu membekalkan maklumat yang lengkap tentang kapal-kapal yang singgah di pelabuhan ini, tujuan serta pergerakan mereka, serta sistem komunikasi dan perkongsian maklumat di antara stesen darat dan kapal-kapal lebih berkesan.

SIGN2

Lawatan Kerja LPJ Ke Loji Penapisan Petronas, Sungai Udang, Melaka

Pada 27 September 2016 yang lalu, Unit SHE Operasi dan Trafik LPJ telah mengadakan lawatan kerja ke Loji Penapisan Petronas, Sg. Udang Melaka. Lawatan kerja ini untuk mendalami pengetahuan mengenai keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam mengendalikan bahan petroleum dan petrokimia sebagai persediaan pembangunan Pengerang Integrated Petroleum Complex dan Petronas RAPID yang sedang berjalan.

 Lawatan ini dihadiri oleh:

i. Encik Ahmad Syahrir bin Asyaari (Pengurus Kanan SHE Operasi dan Trafik)

ii. Encik Mohd Zahari bin Mohd Rusjuna Pengurus Kanan SHE Operasi dan Trafik)

iii. Encik Syahkhairul Muhammad bin Muktar (Pen. Peg. Sains)

iv. Encik Mohd Fadzli bin Asmon (Pen. Peg. Bomba)

v.  Puan Nadia binti Alias

vi. Encik Mohd Raqib bin Mohamed (Pengurus Terminal Feri)

vii.  En Dino Asmara bin Sham (Pen.Pegawai Laut)

Objektif lawatan ini adalah :

1)      Mempertingkatkan tahap profesional, kemahiran dan terlatih ke arah meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan produktiviti Lembaga Pelabuhan Johor;

2)      Mempelajari kaedah dan prosedur standard (S.O.P) mengendalikan kargo pukal cecair seperti crude oil, gas petroleum cecair (LPG), gasoline, diesel, naphta dan sebagainya;

3)      Mengetahui aspek keselamatan (kargo bahaya, bomba dan marin) dan tahap keselamatan dan kesihatan yang ditekankan di loji penapisan & jeti untuk dijadikan rujukan;

4)      Mengenal pasti penyesuaian prosedur yang diterapkan dalam mempertingkatkan keberkesanan ERP (Emergency Response Plan); dan

5)      Dapat mempertingkatkan jalinan hubungan antara terminal - pelabuhan bagi kemajuan dua-dua belah pihak.

Turut sama dalam lawatan ini warga kerja dari Telekom Malaysia cawangan Johor Bahru.

 

petro1

 

petro2

Lawatan Kerja PT Pelabuhan Indonesia I (PELINDO 1) Ke Lembaga Pelabuhan Johor

Pada 19 September 2016, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menerima kunjungan lawatan kerja dari PT Pelabuhan Indonesia I (Pelindo 1).

Seramai 33 orang delegasi hadir disambut oleh LPJ di mana kunjungan ini adalah bagi memperoleh pengetahuan dan pengalaman berkenaan operasi pelabuhan dan pengurusan kontena di pelabuhan Johor selain merupakan sebahagian daripada Program Pembangunan Kepimpinan mereka.

Delegasi ini turut berkunjung ke Pelabuhan Johor, Pasir Gudang serta Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) pada hari yang sama.

pelindo

PASIR GUDANG, 24 JULAI 2016 - Sejarah Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah tercipta dengan perasmian Bangunan Baharu LPJ oleh Y.A.B Dato’ Mohamed Khaled Bin Nordin Menteri Besar Johor. Lebih menarik lagi Majlis Perasmian ini telah disaksikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Pengangkutan Malaysia, Yang Berhormat Dato’ Rahim Bin Ramli, Pengerusi LPJ dan LPJ(TP) dan Encik Muhammad Razif Bin Ahmad, Pengurus Besar LPJ.

 

Di dalam majlis ini Bangunan Baharu LPJ telah menerima Sijil Penarafan Hijau (pH) dari Jabatan Kerja Raya (JKR) yang disampaikan oleh Yang Berbahagia Datuk Ir Dr Roslan Bin Md Taha, Timbalan Pengarah, Jabatan Kerja Raya.

 

Bangunan 10 tingkat ini adalah berkonsepkan Bangunan Hijau yang pertama di antara agensi-agensi di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia yang sekali gus menjadi salah sebuah bangunan pencakar langit di Pasir Gudang, Johor.

 

LPJ menerima ucapan tahniah daripada Menteri Besar Johor dan Menteri Pengangkutan Malaysia atas kejayaan pembangunan Bangunan Hijau dan kredit atas inisiatif dalam melestarikan penjagaan alam sekitar.

 

Kehadiran dif-dif kehormat ini juga turut diraikan Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan, syarikat swasta, pengguna-pengguna pelabuhan dan warga kerja LPJ yang dianggarkan sekitar 500 orang yang hadir. Majlis Perasmian ini juga turut dirancakkan lagi dengan sambutan Majlis Hari Raya LPJ 2016.

TAG UNTUK FB

rb10

RB9