Arkib Berita

Green Accord Initiative Award (GAIA)

Green Accord Initiative Award (GAIA) merupakan sebuah anugerah yang diperkenalkan oleh Iskandar Malaysia bagi bangunan mampan dan bangunan hijau.  GAIA juga merupakan inisiatif baharu yang mengiktiraf organisasi-organisasi perniagaan di Iskandar Malaysia yang telah menyumbang kepada penggunaan rekabentuk, perancangan, retrofitting dan operasi mampan dalam pembangunan alam sekeliling.

Program ini terbuka kepada semua bangunan yang telah diduduki sekurang-kurangnya 6 bulan daripada tarikh pengeluaran CCC dan CFO dan di dalam lokasi Iskandar Malaysia.
    
Projek yang layak dicalonkan hendaklah telah dinilai oleh salah satu badan piawaian antarabangsa seperti Green Building Index (GBI), Comprehensive Assessment System for Built Environment Efficiency (CASBEE), Green Mark, Green Start atau sijil yang setaraf.  Untuk bangunan LPJ ianya telah dinilai oleh Penarafan Hijau JKR.

Sebagai calon perintis program ini, LPJ telah menerima anugerah sebagai peserta GAIA pada 22 November 2016 di Hotel Double Tree, Johor Bahru yang disampaikan oleh Exco Kerajaan Negeri Johor, YB Datuk Hj. Ayub Bin Rahmat.

gaia1

gaia2