Arkib Berita

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Pelabuhan Johor: Back To School

1 DISEMBER 2016, JOHOR BAHRU :-  Prihatin dengan nasib golongan yang kurang berkemampuan terutamanya mereka yang tinggal di luar bandar, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) telah melaksanakan program “Kembali Ke Sekolah” atau Back to School. Program ini adalah bertujuan untuk membantu pelajar ini membeli barangan kelengkapan persekolahan sebagai persediaan untuk memasuki sekolah pada tahun 2017.


Seramai 53 orang murid yang merangkumi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan Pasir Gudang yang berusia antara lingkungan 7 hingga 16 tahun telah menerima kelengkapan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah,kasut, beg dan alat tulis. Matlamat program ini adalah untuk membantu meringankan beban ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak mereka dengan harapan agar dapat menyuntik semangat dan memberi motivasi dalam kehidupan khususnya pelajaran mereka.


Selain itu, program ini juga dapat menceriakan dan memberikan keriangan kepada anak-anak terbabit untuk memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun hadapan.

pic 1

pic 2

pic 3

pic 4