Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

Program CSR LPJ Dan PTP Bersama Komuniti Gelang Patah: Agihan Bantuan Hari Raya

14 MEI 2020, GELANG PATAH – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dengan kerjasama Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah bergandingan bersama dengan komuniti Gelang Patah untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi menyalurkan bantuan hari raya kepada penduduk yang kurang berkemampuan.

Matlamat program ini adalah untuk mengurangkan beban penduduk kampung yang tergolong dalam kalangan keluarga yang kehilangan sumber pendapatan dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Sebanyak 170 buah keluarga yang berasal dari 6 buah kampung iaitu Kampung Pok, Desa Paya Mengkuang, Kampung Ladang/Tanjung Kupang/Pendas, Kampung Tanjung Adang, Kampung Pekajang dan Kampung Tiram Duku/Kampung Baru Muafakat telah menerima bantuan dalam program ini. Setiap keluarga menerima bantuan berupa bahan mentah seperti beras, gula, tepung dan sebagainya. Atas keperihatinan pihak LPJ, PTP dan komuniti Gelang Patah bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas punca pendapatannya.

 

PTP-CSR-6-X-4-1.png PTP-CSR-6-X-4-1.webp PTP-CSR-6-X-4-2.png

PTP-CSR-6-X-4-2.webp PTP-CSR-6-X-4-3.png PTP-CSR-6-X-4-3.webp

PTP-CSR-6-X-4-4.png PTP-CSR-6-X-4-4.webp PTP-CSR-6-X-4.png

PTP-CSR-6-X-4.webp