Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT (CSR) LPJ & PTP : PEMBERIAN SUMBANGAN KE RUMAH SERI KENANGAN, JOHOR BAHRU
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

26 FEB 2020, JOHOR BAHRU :-  Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dengan kerjasama Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) di rumah warga emas Seri Kenangan yang terletak di Johor Bahru. Rumah ini menempatkan seramai 312 warga emas yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu melayu, cina dan india yang memerlukan bantuan keperluan.

 

Justeru itu, pihak LPJ dan PTP telah mengorak langkah bersama menyalurkan bantuan berbentuk barangan keperluan kepada pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan untuk kegunaan penghuni rumah tersebut. Antara barangan yang disumbangkan antaranya seperti kain pelikat, kain batik, baju pagoda, beg troli, baju kurung Kedah, tudung dan lampin pakai buang dewasa. Sumbangan barangan tersebut dimaklumkan akan digunakan bagi tujuan perpindahan penempatan sementara selain untuk kegunaan warga emas sendiri.

 

Pihak LPJ dan PTP berharap ianya dapat meringankan beban pihak pengurusan Rumah Seri Kenangan ini dalam melengkapkan keperluan mereka dan memberi keselesaan kepada penghuni rumah terbabit.

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image