Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

CSR : INISIATIF LPJ-PTP BERSAMA KOMUNITI GELANG PATAH BAGI PEMBERIAN BANTUAN KEPADA KELUARGA YANG TERKESAN DENGAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN ‘COVID 19’
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

9 APRIL 2020, JOHOR BAHRU :-  Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) dengan kerjasama Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) telah melaksanakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama-sama dengan komuniti Gelang Patah bagi menyalurkan bantuan kepada keluarga-keluarga yang terjejas akibat wabak pandemik ‘COVID 19’ semenjak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac 2020.

 

Program ini melibatkan sejumlah 150 buah keluarga yang berasal dari 5 buah kampung iaitu Kampung Pok, Desa Paya Mengkuang, Kampung Pekajang, kampung Tg. Adang, Kampung Tiram Duku / Kampung Baru Muafakat dan Kampung Ladang / Tg.Kupang / Pendas yang lokasinya berhampiran dengan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

 

Melalui program ini setiap keluarga menerima bantuan berupa bahan mentah / barang keperluan seperti beras, gula, minyak masak, tepung gandum dan lain-lain barang sampingan. Bekalan ini terus di hantar ke rumah penghulu dan beberapa lokasi berhampiran bagi memudahkan proses pengagihan kepada yang terlibat.

 

Atas keperihatinan pihak LPJ, PTP dan komuniti Gelang Patah bantuan tersebut sedikit sebanyak dapat meringankan beban keluarga-keluarga yang terjejas punca pendapatannya. Disamping itu juga ia merupakan salah satu langkah menyokong kerajaan bagi memastikan masyarakat sentiasa tetap berada dirumah untuk memutuskan rantaian wabak ini demi keselamatan semua.

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image