Lembaga Pelabuhan Johor

Lembaga Pelabuhan Johor

COVID-19: Taklimat Kepada Pengguna-Pengguna Pelabuhan
+607-253-4000

Jalan Mawar Merah 2, Pusat Perdagangan

Pasir Gudang 2, 81700 Pasir Gudang, Johor 

 

27 FEBRUARI 2020, PASIR GUDANG – Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) bersama-sama pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Imigresen Johor telah mengadakan sesi taklimat mengenai wabak Covid-19 kepada semua pengguna pelabuhan. Dianggarkan seramai 100 orang pengguna pelabuhan terdiri daripada operator pelabuhan, pengusaha jeti persendirian, persatuan-persatuan pengguna pelabuhan telah hadir ke taklimat ini. Taklimat yang telah dijalankan di Dewan Nakhoda LPJ ini telah disampaikan oleh wakil dari KKM iaitu Dr. Nur Sujaihah Hanafi, Pegawai Perubatan U48 dan Encik Mohd Darwis bin Mashud, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Pelabuhan Tg. Pelepas. Dalam taklimat ini, semua pengguna pelabuhan telah diberi penerangan terperinci berkenaan wabak ini merangkumi penyebaran virus, simptom penyakit serta arahan dan prosedur yang telah ditetapkan. Selaras dengan arahan dan prosedur pihak berkuasa di pintu masuk, semua pengguna pelabuhan digesa untuk memberi kerjasama dan mengambil semua langkah berjaga-jaga agar penularan virus Covid-19 ini dapat dikekang.

 

 

MyGovernment MOT   Johor_Port   PTP   kastam 450px  imigresen JATA     Jabatan Laut JATA    Revised MDEC logo    masa   mampu 

Style Selector

Layout Style

Predefined Colors

Background Image